Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Asas Perakaunan


Asas Perakaunan

Asas perakaunan bermaksud bagaimana pengiktirafan kepada urus niaga dibuat. Asas perakaunan bukan bermaksud cara urus niaga dilakukan iaitu sama ada urus niaga tunai atau urus niaga kredit, tetapi hanya bermaksud bagaimana pilihan dibuat ke atas urus niaga untuk dihitungkan prestasi dalam satu-satu tempoh. Pemilihan asas perakaunan memberi kesan secara langsung kepada jumlah untung atau rugi yang dihitung. Terdapat dua asas perakaunan iaitu asas tunai dan akruan.

Asas Akruan
Sesebuah perniagaan perlu menyediakan penyata kewangan mengikut asas akruan kecuali maklumat aliran tunai.

Mengikut perakaunan asas akruan, urus niaga dan peristiwa diiktiraf apabila ia berlaku (bukan bila tunai diterima atau dibayar) dan direkodkan dalam rekod perakaunan tempoh urus niaga tersebut berlaku. Seterusnya urus niaga tersebut dilaporkan dalam penyata kewangan dalam tempoh yang sama.

Belanja diiktiraf dalam penyata pendapatan berdasarkan perkaitan langsung di antara kos yang dikenakan (incurred) dengan perolehan item tertentu pendapatan. Ini adalah untuk memastikan belanja dipadankan dengan pendapatan yang berkaitan. Semua kos berkaitan aktiviti penjanaan hasil dalam tempoh tersebut juga dilaporkan dalam tempoh yang sama walaupun bayaran ke atas perbelanjaan belum dibuat.

Sebagai contoh, dalam bulan Januari 20X1 hasil jualan terdiri daripada RM10 ribu jualan secara tunai dan RM3 ribu secara kredit. Kutipan untuk jualan kredit bulan Januari diterima dalam bulan Februari 20X1. Berapakah jumlah jualan yang harus diiktiraf dalam bulan Januari? Mengikut perakaunan asas akruan, jualan dalam bulan Januari 20X1 ialah RM13 ribu walaupun RM10 ribu sahaja kutipan diterima dalam bulan Januari 20X1.

Asas Tunai
Peraturan perakaunan semasa tidak membenarkan perniagaan mengiktiraf hasil dan belanja mengikut asas tunai. Namun di sini diberikan sedikit penjelasan mengenai perakaunan asas tunai. Mengikut amalan perakaunan asas tunai, tumpuan harus diberi kepada aliran tunai masuk dan keluar dalam sesuatu tempoh BUKAN berdasarkan tempoh urus niaga berlaku. Untuk memudahkan perbandingan, kita gunakan contoh terdahulu di mana dalam bulan Januari 20X1, hasil jualan terdiri daripada RM10 ribu secara tunai dan RM3 ribu secara kredit serta kutipan jualan kredit hanya diperolehi dalam bulan Februari 20X1. Jika perakaunan tunai diamalkan, hasil yang dilaporkan dalam bulan Januari 20X1 ialah RM10 ribu sahaja bukan RM13 ribu seperti mana yang akan laporkan mengikut asas akruan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: