Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Imbangan Duga

Imbangan duga

Imbangan duga adalah jadual yang menunjukkan senarai nama semua akaun dalam lejar am dan baki setiap akaun tersebut (debit atau kredit) pada satu tarikh tertentu.

Untuk menyediakan imbangan duga baki semua akaun dalam lejar am perlu dicari. Langkah berikut perlu dilaksanakan untuk tujuan tersebut:

Langkah 1:

Bandingkan jumlah debit dan kredit dalam sesuatu akaun.

Langkah 2:

Letakkan jumlah yang lebih besar sebagai jumlah keseluruhan di kedua-dua bahagian debit dan kredit.

Langkah 3:

Tolakkan jumlah sebelah mana yang lebih kecil daripada jumlah keseluruhan. Perbezaan ini merupakan baki akaun tersebut yang perlu di hantar ke bawah atau ke hadapan.

Langkah 4:

Baki ini akan dibawa ke bawah atau ke hadapan di sebelah yang berlawanan.

Kita perhatikan cara mencari baki akaun atau dikenali juga sebagai mengimbang akaun dengan merujuk kepada contoh akaun Penghutang (Kawalan) dari lejar am seperti di bawah:

Akaun Penghutang (kawalan)

Maklumat daripada imbangan duga menjadi maklumat punca kepada penyata kewangan. Selain daripada memainkan peranan sebagai arkib maklumat untuk penyata kewangan, imbangan duga dapat membantu menguji kesamaan sistem catatan beregu (debit = kredit) dan mengesan kesilapan yang boleh dikesan dengan imbangan duga. Berikut adalah contoh imbangan duga:

Perusahaan TT
Imbangan Duga pada 31/12/2000

Jenis

Kod Akaun

Debit

Kredit

Tunai

16,835

Penghutang

8,015

Inventori/Stok

2,960

Bank

200

Peralatan

2,960

Nota belum bayar

695

Pemiutang

500

Modal

5,000

Pinjaman

810

Jualan

20,000

Belian

4,070

Belanja sewa

100

Belanja susut nilai

5

Jumlah

31,075

31,075

Sekiranya imbangan duga tidak seimbang, in bermakna sememangnya terdapat kesilapan dalam merekodkan maklumat urus niaga. Ini boleh terjadi sama ada di dalam jurnal ataupun sewaktu pengeposan ke lejar. Jika imbangan duga seimbang pula, ini tidak bermakna ia semestinya betul kerana ada kesilapan yang tidak boleh dikesan dengan imbangan duga. Contoh kesilapan jenis ini ialah:

  • Kesilapan pengelasan akaun (Debit dan Kredit salah akaun)
  • Kesilapan terseimbang termasuk kesilapan catatan asal (jumlah yang salah digunakan untuk mendebit dan kreditkan akaun-akaun yang betul ataupun akaun yang salah)
  • Kesilapan catatan tertinggal (urus niaga tidak dicatat langsung)
  • Kesilapan catatan dua kali atau lebih (urus niaga lebih dari sekali)

Apabila terdapat sebarang kesilapan, anda boleh mengambil beberapa langkah kawalan untuk mengesan kesilapan. Langkah dalam mencari kesilapan dicadangkan seperti berikut:

  • Mengira perbezaan yang berlaku
  • Semak sama ada semua akaun telah disenaraikan
  • Kira semua baki setiap akaun
  • Semak jurnal
  • Semak dokumen punca
About these ads

Comments on: "Imbangan Duga" (1)

  1. msih x phm la………..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: