Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Update terkini### cuba link dibawah untuk semakan. Harap maklum sekarang laman tersebut sesak. Harap bersabar. Tuantulis ucapkan tahniah yang berjaya… yang tidak dapat jagan kecewa. Belajar dimana pun sama. Kalau PMR boleh dapat 8A di sekolah harian biasa takkan SPM tidak boleh
mrsm1
mrsm

ipin02

Semakan online untuk kemasukan MRSM Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh dibuat pada minggu depan. Kenyataan ini dibuat pagi tadi oleh Bahagian Pendidikan Menengah, MARA. Tiada tarikh ditetapkan setakat ini.

Nampaknya, bukanlah pada hujung bulan Januari seperti yang diwarwarkan sebelum ini. Bagaimanapun, memang lazim bagi pihak MARA mengeluarkan keputusan tawaran kemasukan MRSM pada bulan Februari.

Setakat ini, hanya MRSM Ulul Albab di Kota Putera, Besut sahaja yang telahpun membuat pendaftaran masuk pada 19 Januari lalu, setelah calon-calonnya melalui proses temuduga. MRSM beraliran agama itu bermatlamatkan semua pelajarnya telah menghafaz Al-Quran 30 juzuk apabila memasuki Tingkatan Tiga. MRSM tersebut hanya menawarkan 180 tempat sahaja bagi calon Tingkatan Satu yang berjaya, dari sejumlah 800 orang yang ditemuduga.
Bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat MRSM lainnya, surat tawaran akan menyusul kemudian setelah semakan online dibuka. Kini proses saringan terakhir dijalankan, khususnya setelah keputusan Tingkatan Empat ke SBP keluar pada 24 Januari lalu yang bersambung pula dengan Cuti Raya Cina. Seperti sedia maklum, calon yang telah berjaya mendapat SBP tidak akan mendapat lagi tawaran MRSM.
Kemasukan ke MRSM sememangnya amat kompetetif. Dalam kenyataan akhbar sebelum ini, Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin berkata, MARA menerima 16,750 permohonan untuk mengisi 6,839 tempat Tingkatan Empat yang disediakan di sebanyak 41 MRSM tahun ini. Bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu di MRSM pula, MARA menerima 25,097 permohonan bagi mengisi 5,330 tempat.
Kepada calon-calon yang gelisah menunggu, jangan bimbang. Biasanya aplikasi dalam talian MRSM akan beroperasi selama kira-kira 2 minggu setelah ianya dibuka untuk semakan online.

Sementara itu, belajarlah seperti biasa di sekolah sekarang, dengan bersungguh-sungguh. Bukankah anda semua pelajar-pelajar cemerlang? Jika anda telah meraih keputusan hebat di sekolah sekarang, tentunya mampu begitu juga untuk PMR dan SPM kelak di sekolah yang sama. Buktikan!

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan
sahaja akan dipertimbangkan.
1.                Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima
daripada tarikh tutup akan ditolak.
2.               MRSM menawarkan Jurusan Sains Tulen sebagai Jurusan
Utama (Subjek Lukisan Kejuruteraan tidak ditawarkan).
3.               Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama
Penuh (SBP, SBPI) Kementerian Pelajaran Malaysia tidak
akan ditawarkan ke MRSM.
4.               Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi.
Sekiranya tiada jawapan yang diterima sehingga
30 April 2009 permohonan dianggap tidak berjaya.
5.              Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM
yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah
ditetapkan oleh MARA.
6.              Keputusan pemilihan Jawatankuasa Pengambilan
Pelajar MRSM adalah muktamad

Buat Duit Di Rumah
Anda Di Bayar Setiap Kali Membawa Masuk Pelawat Baru Ke Laman web sAYA

About these ads

Comments on: "Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat 2009" (66)

  1. tuan tulis, semakan on9 untuk mrsm boleh dilakukan dimana?

  2. bila agak2 nye keputusan tawaran ke mrsm 2009 akan keluar?

  3. jawapan kemasukan itu boleh dipercepatkan?

  4. Zaty, Liana
    Semakan online untuk kemasukan MRSM Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh dibuat pada minggu depan. Kenyataan ini dibuat oleh Bahagian Pendidikan Menengah, MARA. Tiada tarikh ditetapkan setakat ini.

    cuba link dibawah
    http://www.mara.gov.my/Pengambilan/MRSM/Form4/index.htm

  5. bulesabit said:

    saya sdh membuat semakan bg kemasukan ke mrsm tingkatan 4 di http://www.mara.gov.my/Pengambilan/MRSM/Form4/index.htm pada pg 30hb jan 2009.
    tp apa yg memusykilkan saya, laman web tu tidak dpt diakses pd tgh hari (hari yg sama).
    berdasarkan pd laman web tersebut saya tlh berjaya memasukai mrsm pengkalan chepa.
    mintak penjelasan tuan tulis.
    wasalam

  6. terima kasih atas makluman.. mungkin ketika ini terlalu ramai yang akses ke laman tersebut

  7. Saya dah buat semakan utk adik saya dan didapati dia berjaya. Nampaknya link tersebut sudah boleh dibuka sekarang, cuma saya ingin kepastian adakah maklumat ini betul, sbb adik saya tu dah happy dah bila semak dan tgk dia berjaya. Please clarify En. Tuan Tulis…

  8. pengambilan ke mrsm diambil berdasarkan kriteria apa ye?

    adik saya dpt 5A, ketua pengawas sekolah, pemain bowling peringkat kebangsaan..

    tp x dpt mrsm atau sbp.

    ke sbb adik sy bersekolah di kwsan bandar so susah skit dpt tawaran?

  9. pagi td sy check tuk adik saya….skrg nih dia mmg belajar di mrsm…so…sy check la whther dia dpt mrsm lain atau x….kawan2 dia dh check..n berjaya dpt…dia lak x dpt…yg pelik nyer…kwn2 dia check guna no.giliran…tp yg ader kat web tu suruh letak IC…mcmane tu?or ader web lain yg khas tuk pelajar mrsm yg nk msuk ke tingkatan 4?

  10. sy ni nk tanye..
    mcmne nk dptkan alamat mrsm pekan??

  11. Sedihnya tuan tulis anak sy dpt 5A & 8A x dpt ke SBP and MRSM pun..hanya KRK saja padahal top ten among 300 students.kena merayulah agaknya..

  12. Tahniahlah pada 2 org group anak Sy dpt MRSM Pengkalan Chepa.. haa tinggal 4 orgni..sedang tunggu..six of them mmg top 10 kt school.

  13. asekom.tuan tulis.bila agaknya surat tawaran ke mrsm akan dipos ke rumah??????

  14. nak tanya, untuk mrsm ni,ade x e-rayuan jika permohonan xditerima?

  15. bila sbnrnya keputusan kmskn ke mrsm blh dbuat?hari jumaat lps saya semak …x dapat….lps tu saya call pejabat mara,pgawai mara kata semakan blh dbuat pd 3atau 4 februari ni…blh tuan beri penjelasan?t.q…wassalam

  16. […] Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat 2009 Update terkini### cuba link dibawah untuk semakan. Harap maklum sekarang laman tersebut sesak. Harap bersabar. […] […]

  17. Sue, tahniah..
    untuk kepastian sila hubungi

    Tel: (03) 2691 5111 samb.

    Kurikulum: 3323

    Perkhidmatan: 3338

    Hal Ehwal Pelajar: 3331/3394

  18. Semakan online untuk MRSM telah dibuka, cuba Fira
    klik disini

  19. Terima kasih Tuan Tulis.Nampaknya saya tak beraya untuk kemasukan yang pertama ni, tapi masih ada peluang untuk buat rayuan.Tapi apa-apa pun ada hikmahnya.Seperti kata Tuan Tulis,kalau berjaya dapat 8A ,tak mustahil untuk dapatkan kptsn cmrlg dlm spm,mungkin lbh cemerlang lagi.Alhamdulillah kptsn baik untk pmr walaupun hanya ada 3-4 bulan utk ulangkaji stlh pulang dari rantau.Terima kasih Tuan Tulis-wassalam.

  20. salams…mrsm pekan wujud ke??

  21. nurazah fathirah said:

    tahniah dpt top post~~

  22. tuan blog,tq sebab bagi link, tapi sepupu saya ni form 1…link tu utk form 4…so,ade x rayuan utk form 1?saya de cuba cek dalam web mrsm tu,tapi x jumpa plk…kalau ada info,harap reply secepat mungkin k…

  23. terima kasih nurazah

  24. Maaf Sue,
    Soalan itu tidak dapat saya jawab. Hubungi pihak MARA terus untuk maklumat lanjut.

  25. tahniah ..
    cikgu ke ni… kita sedia maklum pelajar yang mendapat A dalam semua matapelajaran semakin ramai. Kebarangkalian tu sukar sedikit untuk bersaing.. yang tidak dapat tempat tu kita kena beri motivasi lebih sedikit ketika ini.. motivasi untuk belajar mereka ketika ini sudah turun sedikit. mungkin ada hikmahnya.

  26. mrsm pekan memang tak wujud.

  27. saya adalah pelajar tingkatan 2, target saya sekarang untuk tempat ke mrsm dan sbp, cita cita saya untuk mendapat 8A dalan PMR 2010. so apakah syarat-syarat untuk kemasukan? kerana saya adalah calon yang tidak berjaya mendapat tempat tersebut walaupun UPSR saya 5A-2007 dan mendapat tempat 1 didalam sekolah rendah . terima kasih.

  28. alhamdulillah,saya berjay memasuki mrsm bentong pahang.macam man agaknya rupa mrsm tu?

  29. tahniah.. belajarlah demi keluarga, bangsa dan negara.

  30. MRSM pekan sebenarnye blom wujud, tetapi tahun ni merupakan tahun pertama pembukaan MRSM Pekan, serupe juge dgn MRSM Bentong

  31. KayaTapiMiskin said:

    Kecewa bagi kami penjawat awam suami isteri.. apa2 bantuan biasiswa, bantuan kewangan dan kelengkapan semua tidak layak.. Yang menyedihkan lagi permohonan ke SBP dan MRSM juga susah dapat walaupun keputusan cemerlang.. Kalau dpt pun kena guna kouta2 yg tertentu.. Buat yg xde kabel nih, melopong je la..

    Jgn ditanya siapa yg buat camtu… Fikir la sendiri dan siasat..

  32. tuan tulis, sy nak tanya klu dah semak kat laman web mara tuh kita dapat, konfom ka ? tp, surat tawaran sy dan kawan2x d (sabah) blm sampai la. so, klu kita print out result dkt laman web mara tu n then bawa ke mrsm yg kta dpt tu blh ke ? sementara menunggu surat tawaran tiba… please ! i want pendapat tuan tulis….

  33. Bolehkah sy m’buat rayuan masuk ke Mrsm ttp dlm masa yg sama sy sdg bsekolah di Sbp kerana sy takut sy tidak dpt dmana mana kerana sy lbh b’minat utk masuk ke Mrsm b’bnding dgn Sbp tp sy sudah menerima twrn ke Sbp

  34. HunterZzz.. said:

    Tn tulis,sy sdh djelaskn dgn ktidàkwujudan MrSm PeKAN…dn sye plak dpt offer msk MrSM PeKAN So,pleas tell mie how shoulD I kNoW,more about next MRSM shouLd i STayEd to…?.BeNTong,pahang oR aNyWHere Else…?

  35. hubungi mrsm berhampiran atau Bahagian Pendidikan & Latihan (menengah) Pertanyaan:

    Tel: (03) 2691 5111 samb.

    Kurikulum: 3323

    Perkhidmatan: 3399

    Hal Ehwal Pelajar: 3392/3765

    atau emel:

    webmaster@mara.gov.my

  36. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama
    Penuh (SBP, SBPI) Kementerian Pelajaran Malaysia tidak
    akan ditawarkan ke MRSM.

    Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi.
    Sekiranya tiada jawapan yang diterima sehingga
    30 April 2009 permohonan dianggap tidak berjaya

  37. Tuantulis dimaklumkan MRSM pekan akan dibuka pada sesi sekolah tahun ini. kiranya intake pertama .apa apa pun Sila hubungi mrsm berhampiran atau Bahagian Pendidikan & Latihan (menengah) Pertanyaan:

    Tel: (03) 2691 5111 samb.

    Kurikulum: 3323

    Perkhidmatan: 3399

    Hal Ehwal Pelajar: 3392/3765

    atau emel:

    webmaster@mara.gov.my

  38. sy dpt ofer ke mrsm pekan.tp sampai skrg surat twrn msih x dpt.agak2 bila tarikh lapor diri tu?

  39. Basyir.... said:

    Tuan Tulis, boleh kah saye tau bila tarikh lapr diri MRSM Bentong…..???? Sebb saye dah berjaya tapi dalam application 2 dia tulis “Tarik Lapor Diri Akan Dimaklumkan Kemudian”…????
    Harap dapat tau dgn cepat

  40. Muhamad Azmer said:

    kwn2 saya yg dpt mrsm lain semuanya dh dpt surat n dh pun mendaftar.cuma sy saja yg blum menerima surat dr mrsm pekan.kenapa?boleh hantar gambar terbaru mrsm pekan?

  41. amirul_azrai said:

    salam…mrsm pekan masih belum dibuka…oleh itu, pelajar yang mendapt di mrsm pekan akan menumpang di mrsm bentong dulu sehingga mrsm pekan dibuka….mengikut maklumat yang didapati, tarikh lapor diri bagi tingkatan 4 di mrsm pekan dan bentong mungkin pada awal bulan 3

  42. wa!!!
    xdpat msuk..
    xpe2..cba lagi..
    spm ad..

  43. anak saya mendapat 5A UPSR dan 8A PMR tetapi gagal mendapat tempat di MRSM dan SBP. sedangkan saya tahu ada yang dapat 6A PMR pun dapat MRSM . dimanakah keadilan dan kretiria pemilihan pelajar ke SBP dan MRSM.

  44. MUHAMMAD AKHIR SYAWAL BIN HUSSIN said:

    BLA…….YANG TAK LEH SUK MRSM TU JAGN KCIL HATI.YANG LEH SUK MRSM TU JAGN LAGAK YE HORMAT SENIOR ANDA……………………..

  45. Kamar binti Tapah said:

    Assalamualaikum,
    Bila keputusan Rayuan SBP dan MRSM keluar untuk intake ke 2?

  46. wahai bakal pelajar mrsm bentong,pahang tarikh lapor diri ialah pada 2 mac…..sesiapa yg belum mendapat surat tawaran sila hubungi pejabat mara..boleh tak berhubung dgn saya di fain_nia.snow21@yahoo.com….selamat berkenalan

  47. NO 19, KAMPUNG BARU AJIL,
    21800 AJIL,
    TERENGGANU DARUL IMAN.

    Bahagian Pendidikan & Latihan(Pendidikan Menengah)
    Tingkat 19,Bangunan Medan MARA
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur.

    Rayuan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 2009

    Nama Penuh:AZMI BIN MAMAT
    No K/P :930508-11-5759
    Angka Giliran:TE007K004
    Sekolah Sekarang:SMK AJIL
    Kelas:4 Arif

    Tuan/Puan,

    Rayuan untuk dipertimbangkan ke MRSM.

    Saya seperti nama di atas ingin memohon dipertimbangkan semula untuk panggilan kedua oleh pihak MRSM.Saya adalah aktif dalam bidang kokurikulum seperti pertandingan olahraga peringkat negeri,bola seoak,badminton dan pelbagai lagi.Ayah saya juga seorang pesara kerajaan.Saya berharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan semula.Abang saya pun pernah ke MRSM dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2007.Saya nak sangat ke MRSM dan ini yang saya idam-idamkan selama ni.

    Sekian. terima kasih.

    Yang benar,
    (AZMI BIN MAMAT)

  48. nape saya x dpt MRSM kali ke-2 sebab saya dpt 5A dlm UPSR.

  49. kite dapat 5A pOn x dapat gi MRSM

  50. knapE kiter x dpat MRSM
    Kiter dpat 5a

  51. Nurhayati Mohd Talib said:

    Assalamualaikum pihak yang berkenaan,

    Saya ingin bertanyakan soal jawatan kosong yang di tawarkan tempoh hari? Adakah ia masih dalam proses pemilihan? Saya salah seorang dari pemohon untuk jawatan Pembantu tadbir..

  52. saya nak tanyer antara mrsm dengan mrsm mana lagi bagus??

  53. assalamualaikum

    saya nak tanya faktor ape yang membuatkan kita masuk ke sesebuah sekolah,adakah faktor dekat atau faktor sesuatu sekolah itu sekolah yang jauh tetepi bagus

  54. askm

    saya nak tanyer tolong jawab secepatnyer aperkah perbezaan diantara mrsm dan sbp?apakah kelebihan mrsm dan sbp

    tq

  55. jennifer said:

    hey guy. saya dpt mrsm kkb dan kini sy belajar di sana. bes tau mrsm tu lagi pun di bukit…..

  56. Askum….
    saya sorng plajar MRSM PEKAN namun kni dtmptkan d MRSM BENTONG saya dpt thu blan 3 thun 2010 kmi akn dpndahkan namun saya mhon kmi tetp stay dkat sana krna saya sdah mpunyai rmai kwan dan kmi x snggup berpsah.

  57. betul ke blan 3 nie kmi cmua kna pndah?

  58. farah amirah said:

    best ke masuk mrsn..sy nak masuk asrama tapi mama tak kasi hrp2 dpt msk kat mrsn nie,….

  59. Helmi Azahari said:

    Harap-harap saye dapat masuk MRSM Kuching,Sarawak

  60. Muhamad Nur Aslam said:

    Saye telah pun berjaya masuk ke asrama.Sungguh seronok.

  61. I hOpE I wIlL gEt

  62. mohon rayuan cara mudah dengan online kemasukan tingkatan 4 MRSM…

  63. salam..
    tawaran kemasukan ke mrsm 2010 sudahpun keluar. tahniah kepada yg berjaya.
    sekolah anak saya yg mendapt 5a seramai 18 org. malangnya seorang pun tidak diterima. yang menghairankan saya, macamana murid yang mendapat 4a 1b disekolah tersebut telah berjaya mendapat tawaran ke mrsm. Bukankah syarat utama adalah 5A? bila ditanya ..katanya ‘guna kabel’. dimanakah ketelusan pihak mrsm memilih calon-calon tersebut? adakah dgn menggunakan ‘kabel’, berapa a pun boleh masuk. kepada siapakah boleh saya mengadu hal ini? saya harap pihak mrsm dapat menyemak semula keputusan upsr bagi calon yang berjaya.berilah peluang kepada mereka yang berhak!tq

  64. yg x dapt masuk tu jgn la kecewa sgt..korg best ape dpt dok umah ngan kluarge..kiteorg pun sedih jgk bepisah ngan kluarge..tpi,bgi sesiape yg nk plih mrsm tu,pilihla mrsm muar..best!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: