Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan tiga warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan ke MRSM tingkatan empat tahun 2010.

A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM :
1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains)
dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2009.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2009.

B. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM) :
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2009.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.
NOTA :
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.
C. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE :
1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera
(tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
D. CARA MEMOHON KATALALUAN :
1. Pemohon boleh mendapatkan katalaluan (secara percuma) di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 28 September 2009. Pemohon boleh mengisi borang permohonan online mulai tarikh tersebut.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta angka giliran dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2009 , yang disahkan benar, semasa mendapatkan katalaluan.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
1. Borang permohonan online yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2009.
2. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2010. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2010 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

sumber:MARA

Klik sini untuk permohonan

P/S: Tuantulis menerima banyak pertanyaan berkaitan dengan Permohonan ke MRSM, jadi diharap info ini dapat memberi sedikit gambaran dan maklumat.

About these ads

Comments on: "PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TINGKATAN EMPAT TAHUN 2010" (4)

  1. rozita ani said:

    Asmkm, anak saya menduduki peperiksaan PMR tahun 2009 dan baru-baru ini mengatakan hasratnya untuk memasuki MRSM di Ting4. Malangnya apabila saya memasuki website MRSM Kemasukan Ting4 saya dapati tarikh tutup permohonan telah tamat. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat permohonan? adakah boleh di buat secara ‘manual’ submission? Atau adakah cara yang lain? Harap dapt maklum balas. Tkasih

  2. fariq amirul bin hamizan said:

    mrsm melahirkan murid2 yg cermerlang

  3. fauziah Sulaiman said:

    Salam. Anak saya menuntut di sekolah Keb Jenis(Cina) semenjak dari tahun satu-tahun enam. Adakah anak saya boleh memohon MRSM?

  4. sya bmnat mahu msuk ke mrsm. . . . . . .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: