Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Bentuk-bentuk Organisasi

Terdapat tiga jenis iaitu Milikan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat Berhad

Di Malaysia bentuk-bentuk organisasi pemiagaan dapat dikategorikan
kepada tiga kategori mengikut Akta Pertubuhan:
(1)    Organisasi perniagaan yang ditubuhkan di bawah
         Akta Pendaftaran Pemiagaan (Pindaan) 1978, (Akta
         197) iaitu Syarikat Tunggal dan Perkongsian.
(2)   Organisasi pemiagaan yang ditubuhkan di bawah
         Parlimen atau Enakmen Kerajaan Negeri.
(3)   Organisasi perniagaan yang ditubuhkan di bawah Akta
         Syarikat 1965, iaitu Syarikat Berhad Menurut Saham,
         Syarikat Berhad Menurut Jaminan, dan Syarikat Tidak
         Terhad.
MILIKAN  TUNGGAL
Milikan tunggal merupakan syarikat yang paling mudah
didaftarkan kerana ia dimiliki oleh seorang pemilik sahaja.
Ia boleh menggunakan nama pemilik atau nama dagangan.
Contohnya, “Sabri’s Fashions” atau “Paris Design House”.
Peniaga tunggal juga boleh menggunakan nama pemilik
asal pemiagaan yang telah lama dikenali atau dikenali
kerana reputasinya.

ASAS UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
Tidak dibenarkan menggunakan nama-nama yang ada kaitan
dengan Kerajaan Pusat atau Kerajaan Tempatan. Contohnya,
“Syarikat Pengangkutan Kerajaan Kelantan”. mi bertujuan
untuk mengelakkan salah tafsiran orang ramai yang
berurusan dengan syarikat itu.
Peniaga tunggal juga tidak boleh menggunakan nama-nama
yang sensitif dan nama-nama yang bertentangan
dengan moral; contohnya Syarikat Keling Malaysia Sdn.
Bhd. . Peniaga tunggal juga tidak dibenarkan menggunakan
nama-nama perniagaan yang telah sedia ada digunakan. ini
adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan pelanggan.
Jika hal mi berlaku peniaga tunggal itu boleh diambil
tindakan sivil di bawah undang-undang Tort “Kelirupaan”.
Antara kebaikan-kebaikan syarikat tunggal termasuklah:
( 1 ) Mudah untuk didaftarkan dan dibubarkan.
(2) Mudah untuk diuruskan berbanding dengan jenis
jenis syarikat yang lain.
(3) Senang dikawal, mudah membuat keputusan, dan
mudah melaksana tindakan yang perlu diambil berhubung
dengannya.
(4) Keuntungan boleh dimiliki sepenuhnya oleh peniaga
tunggal.
(5) ‘fldak banyak tertakiuk pada peraturan dan undangundang.
Contohnya, akaun syarikat tidak perlu dilaporkan
kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk
diaudit.
Antara kelemahan-kelemahan syarikat tunggal pula
termasuklah:
(1 ) Kesukaran mendapatkan modal.
(2) Liabiliti pemiagaan tidak terhad pada modal pemiagaan
sahaja; malahan melibatkan seluruh harta peribadi
peniaga tunggal.
(3 ) Perkembangan pemiagaan adalah terhad.
(4) Banyak masa dan tenaga perlu disumbangkan oleh
pemilik secara semula jadi.
(5) Jangka hayat pemiagaan bergantung pada tahap kecekapan
pengurusan peniaga tunggal sendiri.

PERKONGSIAN
Mengikut Akta Perkongsian, perkongsian didefinisikan
sebagai satu hubungan yang wujud antara pihak-pihak yang
menjalankan pemiagaan secara bersama dengan tujuan
untuk mendapatkan keuntungan.

Kalau dilihat definisi mi secara terperinci jelas dapat
dilihat beberapa unsur yang perlu ada bagi mewujudkan
perkongsian yang sahih di sisi undang-undang, iaitu:

( 1 ) Mesti ada dua pihak: tidak mengira sama ada pihak itu
hanya terdiri daripada seorang atau lebih.
(2) Mesti terdapat perniagaan yang dijalankan. Di sini
tidak cukup sekadar mempunyai pemiagaan yang didaftarkan
tetapi hendaklah merupakan suatu perniagaan
yang benar-benar beroperasi.
(3) Pemiagaan itu mestilah dijalankan secara bersama.
Contohnya, satu perkongsian itu dibentuk oleh Ali,
Abu, dan Ahmad maka segala keuntungan yang diperoleh
mestilah dikongsi bersama oleh mereka. Sekiranya
Abu diketepikan daripada menerima sebarang
hasil keuntungan maka di sini cuma ada perkongsian
antara Au dengan Ahmad.
(4) Perniagaan itu mestilah dijalankan dengan tujuan
untuk memperoleh keuntungan. Jika ia dijalankan
dengan tidak bermatlamatkan keuntungan atau bercorak
sebagai suatu pertubuhan sukarela atau kebajikan
maka ia bukanlah merupakan suatu perkongsian.
Pemiagaan berbentuk perkongsian mi boleh dijalankan
oleh lebih daripada seorang tetapi tidak boleh me-
lebihi 20 orang, kecuali dalam kes yang tert~ntutetapi
tidak melebihi 50 orang.
Perkongsian dibentuk berdasarkan kontrak, iaitu “Perjanjian
Perkongsian”. Walau bagaimanapun, persetujuan
sahaja tidaklah mencukupi. Niat untuk menjalankan perniagaan
sebagai pekongsi juga sangat penting.
Antara perkara-perkara penting yang biasa dan perlu
ada dalam “Perjanjian Perkongsian” termasuklah:
( 1 ) Nama perkongsian tersebut.
(2) Tempoh perkongsian. mi bertujuan untuk mengelakkan
perkongsian dibubarkan sesuka hati yang boleh
menyebabkan kelancaran pemiagaan terganggu.
(3) Sistem pentadbiran perkongsian, siapa pengurusnya,
gaji, kuasanya, dan lain-lain.
(4) Akaun dan modal yang disumbangkan oleh setiap
pekongsi dan hak dalam pembahagian untung.
(5) Harta-harta perkongsian.
Perkongsian juga mempunyai beberapa kebaikan dan
kelemahan, iaitu:
( 1 ) Perjanjian Perkongsian tidak semestinya secarabertulis.
Namun begitu cara mi tetap digalakkan.
(2) Pekongsi boleh menarik din daripada perkongsian
tetapi masihdipertanggungjawabkan atas segala beban
hutang semasa beliau masih menjadi pekongsi.
(3) Pekongsi mempunyai kuasa untuk membuat pinjaman
yang jumlahnya tidak terhad dan dengan tujuan yang
tertentu.
(4) Perkongsian boleh dibentuk secara tidak formal dan
tataurusan serta perjalanan perkongsian tidak perlu dijelaskan
kepada awam kecuali kepada Lembaga Hasil
Dalam Negeri untuk tujuan cukai.
(5) Perkongsian boleh dibubarkan dengan persetujuan biasa
ahli pekongsi tetapi para pemiutang mempunyai hak
tuntutan terdahulu terhadap segala harta perkongsian
menurut peruntukan undang-undang.
(6) Idea dan kemahiran yang berbeza-beza dapat dikumpulkan
untuk kepentingan pemiagaan.
Walau bagaimanapun, perlu juga diingatkan bahawa
kejayaan perkongsian bergantung pada kesefahaman pekongsi-
pekongsi dalam menjalankan urusan perniagaan,
urusan pengurusan yang cekap serta dedikasi bersama agar
sama-sama dapat menyumbang ke arah menghasilkan keuntungan
dan menanggung risiko kerugian.

ORGANISASI PERNIAGAAN YANG DITUBUHKAN
DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965
Akta Syarikat 1965 (Akta 125) niempakan peruntukan
undang-undang yang mentadbirkan tataurusan syarikatsyarikat
di Malaysia. Semua pemiagaan yang ditubuhkan di
bawah Akta Syarikat 1965 mi mempunyai ciri-ciri tersendiri
yang berbeza dengan Perkongsian dan Perniagaan Tunggal.
mi adalah kerana ia dianggap mempunyai identiti di
sisi undang-undang yang tersendiri. Bermakna ia mempunyai
hak dan tanggungjawab yang sama seperti seorang manusia
biasa. Ia boleh mengikat kontrak, memiliki harta, dan
menjalankan pemiagaannya sendiri. Perkara mi telah
diputuskan dalam kes Solomon Iwn Solomon (1897) A.C. 22.
Antara ciri-ciri syarikat dan badan korporat yang
ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 termasuklah:
( 1 ) Syarikat mempunyai hak dan tanggungjawab, boleh
memiliki harta, boleh mengambil tindakan undangundang
dan boleh juga didakwa seperti manusia biasa.
(2) Jangka hayat syarikat tidak bergantung kepada ahli-ahli.
Syarikat tetap wujud walaupun berlaku kematian
atau penarikan din oleh salah seorang daripada ahli.
Walau bagaimanapun, syarikat boleh dibubarkan
sekiranya ahli-ahlinya tidak lagi berminat untuk meneruskan

SECARA UMUMNYA CIRI-CIRI MILIKAN TUNGGAL ,  PERKONGSIAN DAN SYARIKAT

1. Pemilikan
MILIKAN TUNGGAL——>Seorang pemilik
PERKONGSIAN————>2 – 20 orang
                                                       2 – 50 orang (perkongsian profesional)
2. Modal
MILIKAN TUNGGAL——->Pemilik sendiri
PERKONGSIAN————>Sumbangan pekongsi
3. Pembentukan
MILIKAN TUNGGAL——->Didaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan Majlis Kerajaan Tempatan
PERKONGSIAN————>Didaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan Majlis Kerajaan Tempatan
4. Kawalan dan Pengurusan
MILIKAN TUNGGAL———>Pemilik sendiri
PERKONGSIAN————>Pekongsi aktif – menyumbangkan modal dan ambil bahagian pengurusan
5. Liabiliti
MILIKAN TUNGGAL———>Tidak terhad
PERKONGSIAN————>Tidak terhad
6. Keuntungan
MILIKAN TUNGGAL——–>Diperoleh oleh pemilik
PERKONGSIAN————>Dibahagikan kepada pekongsi mengikut perjajnian perkongsian
7. Cukai
MILIKAN TUNGGAL———->Cukai pendapatan perseorangan
PERKONGSIAN————>Cukai pendapatan perseorangan
*Pekongsi lelap – hanya menyumbangkan modal sahaja dan tidak mengambil bahagian dalam pengurusan.
CIRI-CIRI SYARIKAT BERHAD
- Dibahagikan kepada dua jenis iaitu Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad.
– Didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengikut Akta Syarikat 1965.
– Modal syarikat berhad dikumpulkan melalui terbitan saham.
– Pemegang saham akan menerima untung dalam bentuk dividen.
– Liabiliti syarikat berhad adalah terhad kepada jumlah modal.
– Cukai pendapatan syarikat.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: