Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Archive for Ogos, 2008

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Ramadhan menjengah lagi…

Bersyukurlah kita masih diberi peluang untuk melalui bulan mulia ini lagi. Masih samakah lagi kita seperti tahun lalu?

Maksud saya cara menyambut kedatangannya.. juga cara kita melaluinya. Bersama usia yang semakin bertambah, memang wajar kita melihat kehadiran bulan ini dengan perpektif yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya….

Salam ramadhan karim !!

Waktu imsak berbuka Jempol dan Tampin Negeri Sembilan

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR, PMR, SPM DAN STAM 2008

UPSR 9 hingga 11 September, aDIK YAng Last “Helmy Harnain” Good Luck

PMR dari 13 hingga 17 Oktober

STAM pada 20, 21, 22, 28 dan 29 Oktober,

SPM dari 12 November hingga 6 Disember.

Buat anak murid saya Kelas 5 Bijaksana saya doakan kalian berjaya dalam SPM 2008 terutama subjek prinsip perakaunan..

jadualspm2008

STPM dari 12 November hingga 4 Disember Jadual Waktu STPM 2008

Buat anak murid saya Kelas 6A1 dan 6A2 saya doakan juga kalian berjaya dalam subjek Pengajian Perniagaan pada 25 November 2008. Saya percaya kalian boleh lakukan yang terbaik…..

Tarikh cuti akhir tahun persekolahan ialah 14 November 2008.

PERBANDINGAN PEMARKAHAN PRINSIP PERAKAUNAN 2007 DAN 2008

Sumber: Panitia Prinsip Perakaunan Daerah Kerian

Klik disini. Perbandingan permarkahan 2007 dan 2008

MARKAH DIBERI BERDASARKAN KEMAHIRAN YANG DIKUASI OLEH CALON:
Ø Angka kiraan sahaja yang diberi markah
Ø Pengkelasan item dan operasi mesti betul
Ø format penyata kewangan mesti tepat

TABURAN MARKAH TIDAK SERAGAM;   IA DIBERI BERDASARKAN KEMAHIRAN YANG DIUJI.……..
Jadi Apa Komen Anda…

FORMAT BARU PENANDAAN SOALAN 2 PRINSIP PERAKAUNAN SPM

Pada 13hb Ogos Panitia Prinsip Perakuanan Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan telah mengadakan Seminar Kecemerlangan Prinsip Prinsip Perakaunan di SMK Triang Hilir, Jelebu, N9. antara dapatan yang diperolehi yang saya ingin kongsi adalah berkaitan format penandaan pemarkahan soalan 2 bagi soalan Penyata Kewangan Milikan Tunggal.

Diharap dapat membantu guru dan pelajar.

Klik link dibawah.

penyata kewangan peniaga tunggal

Diharap guru-guru lain boleh memberi komen jika ada maklumat lain