Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Archive for September, 2008

Salam Aidil Fitri

Sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri ini. Tuantulis ingin mengucapkan selamat hari raya kepada suma muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk dunia dan pelusuk dunia internet ini tidak kira siapa dan usia dan pangkat dan darjat.Dikesempatan ini Tuantulis ingin meminta maaf sekiranya tuantulis ade membuat salah dan silap tersalah taip di blog ke..blog tuantulis ader meyinggung perasaan sesuatu pihak ke..ada permintaan yang tidak dapat ditunaikan..dan segala macam lagi harap korang maafkan. Harap korang suma balik kampung atau balik bandar atau balik mana saja dengan perasaan yang gembira sempena hari yang mulia bakal tiba nanti.Korang balik kampung dengan hati-hati.Kunci pintu rumah suma,tgk kesihatan kereta, motor, kapal terbang, helikopter korang.Check balik tiket bas takut tersalah destinasi yang ditujui dan akhir sekali SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP DARI TUANTULIS KEPADA SUMA BLOGGERS DAN PEMBACA BLOG INI…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI khusus buat SEMUA guru-guru SMK LUI BARAT dan anak murid TuanTulis ampun maaaaaf dari kalian TuanTulis minta…

Advertisements

Mari kita buang virus Bha.dll.vbs

Virus Bha.dll.vbs

Virus ini akan akan menghalang kita dari men”double” klik Drive yang telah dijangkiti virus ini.Kita hanya buleh membuka drive itu dengan klik kanan dan explore.Untuk melenyapkan virus ini korang leh download Flash Disinfector untuk membuang virus “Bha.dll.vbs” ini.KOrang hanya perlu “double” klik software itu dan biarkan ia menghapuskan virus tersebut.

Download Flash Disinfector(klik sini)

Selamat mencuba..

7 Petua Kecemerlangan Pelajar

MENJELANG peperiksaan,pelbagai permasalahan disuarakan oleh bukan pelajar tetapi juga ibu bapa.

Bagi pelajar,masalah² seperti cara membahagikan masa ,strategi pembelajaran terbaik di samping petua ulang kaji yang tebaik sering ditanya.

Bagi ibu bapa pula,petua untuk menasihati anak yang masih leka menonton televisyen di saat-saat peperiksaan yang hampir menjelma adalah antara persoalan popular.

Rencana ini cuba menjawab secara umum,akan persoalan dan permasalahan di kalangan calon peperiksaan sendiri,dan permasalahan yang dihadapi ibu bapa,guru dan pihak lain yang prihatin.

Pertama, hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.

Kedua, pastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda.Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah.Lakukan demi kefahaman.Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.

Ketiga, jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting.Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang,sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah,jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok.Sebaliknya,pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.

Keempat, sanggup bekerja keras.Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%,anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik,fakta,rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.

Kelima, mematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur.Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR).Jangan lupa,aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham,melukis(melakar),menulis dan mengingat.

Di samping membaca, memahami dan mengingat ifakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan,anda mesti mahir melukis peta,rajah,jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini,di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.

Khusus bagi penguasaan mata pelajaran,anda perlu berdamping dengan guru,buku teks atau kawan yang pandai.Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum,dan khusus.Misalnya,bagi menguasai mata pelajaran Matematik,anda perlu menguasai topik,rumus,simbol dan pengiraan.

Keenam
, sentiasa sihat badan dan cerdas minda.Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak,bersih,segar dan berkhasiat.Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais.Ingat!!Otak yang cerdas,pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria,datang daripada badan yang sihat.Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang.Pastikan anda sihat,cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan.

Ketujuh, sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa.Bukan sahaja anda,ibu bapa,sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat,dan turut mendoakan kejayaan anda.

Oleh: Dr Sulaiman Basri