Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Archive for November, 2008

Panduan Dan Tip Temuduga

jobseekersBuat anak-anak murid saya, TuanTulis mengucapkan selamat bercuti bagi yang telah habis exam SPM dan STPM, bagi yang belum buat sehabis mungkin. Masa depan anda ditangan anda..

Jadi mungkin selepas ni ada yang terfikir nak cari kerja, bukan?.. jadi TuanTulis nak berkongsi beberapa tip dan panduan yang mungkin berguna kepada kalian semua…termasuk pengunjung blog ini.

Kelulusan akedamik bukanlah satu-satunya faktor penentu seseorang calon berjaya di dalam temuduga. Sebaliknya banyak faktor lain yang mempengaruhi.

ADA BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM MENGHADIRI SESUATU SESI TEMUDUGA.

1. Kenalpasti sebanyak mungkin berkenaan kehendak majikan

2. Selidik profil syarikat dan panel temuduga

3. Buat persediaan berhubung soalan-soalan yang berkemungkinan ditanya berhubung dengan jawatan yang dipohon…

4. Latihan tubi soalan-soalan (ingatkan belajar aje yang buat latih tubi) tersebut dengan jawapan-jawapan yang munasabah. bukan munasarawak…

5. Jika ada masa untuk melakukan latihan temuduga, lakukan dengan seorang kawan lain

6. Jangan berlatih menghafal segala soalan yang disediakan dalam mana-mana buku secara bulat… nanti ‘blank’ sapa yang susah….

Okeylah. nanti Tuantulis sambung lagi.. banyak lagi tip dan panduan yang yang mungkin berguna…

http://jobseekers-career.blogspot.com/

Advertisements

Jangan simpan duit..kertas and electronic..

Jangan simpan duit..kertas and electronic..

“Aku tak baca detail sangat… tapi sejak jadi unit trust consultant ni… aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni. Kalau nak tahu half value the money… guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say… dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg. Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj. OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat.” “pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. (selanjutnya…)

Apabila PPSMI dikatakan tidak GAGAL

Saya tidak pernah bersetuju dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulakan pada tahun 2003. Pada saya, ia membunuh keupayaan anak-anak, khususnya anak-anak Melayu untuk menguasai ilmu sains dan matematik.

Kalangan saudara-mara, sahabat handai saya bukan sedikit yang berkerjaya sebagai guru. Dan mereka akui, bahawa penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar masih lemah untuk kita memahatkan Bahasa Inggeris sebagai pengantar sains dan matematik. Apa yang mengejutkan, masalah ini tidak sekadar berlaku di luar bandar atau kawasan pedalaman, sebaliknya turut berlaku di kalangan pelajar-pelajar di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Kata mereka, kadang-kala mereka cukup simpati melihat anak-anak bangsa terkial-kial memahami frasa yang sedia pelik dalam subjek matematik dan sains melalui bahasa Inggeris. Akhirnya, terpaksa juga diajar di dalam Bahasa Melayu, kerana yang paling penting ialah pelajar perlu semakin faham, bukan semakin bebal. (selanjutnya…)

SEMAK SAMAN ONLINE

Petikan: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Nov. — Hanya 24 jam selepas pengumuman Ops Warta 7 bermula Isnin ini bagi memburu 96,000 pesalah trafik yang gagal menjelaskan saman dan dikenakan waran tangkap termasuk mengesan dari rumah ke rumah, polis hari ini mengumumkan penangguhan operasi itu.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum memutuskan tarikh baru operasi itu dan tempoh pelaksanaannya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga kini beliau dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri belum menerima laporan mengenai pelancaran operasi itu daripada Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Yusof.

Sehubungan itu, katanya, penangguhan operasi itu perlu bagi memberi sedikit masa kepada pihaknya untuk mengkaji secara menyeluruh laporan pelaksanaan Ops Warta 7.

“Kita sudah tangguhkan Ops Warta 7 dan bukannya bermula Isnin ini. Kita buat keputusan supaya operasi itu yang diumumkan (oleh Abdul Aziz) semalam, ditangguhkan sehingga saya dan Ketua Polis Negara berbincang terlebih dulu.

p/s  :Tuantulis pun ada satu saman ni…ha.haa. APA LAGI… SIAPA RASA MEREKA ADALAH PEMANDU F1 MALAYSIA..

DAFTAR UNTUK SEMAK SAMAN

PENATARAN FORMAT BARU PRINSIP PERAKAUNAN 2009

Seperti mana yang kita tahu akan berlaku perubahan FORMAT BARU PRINSIP PERAKAUNAN pada tahun 2009. Tuantulis telah dipanggil bermesyuarat bagi tujuan penataran format baru itu bagi Wilayah Selatan dan Tengah.

TEMPAT   :    HOTEL CRYSTAL CROWN, JOHOR BAHRU

TARIKH    :    12 DAN 13 NOVEMBER 2009


Objektif Pentaksiran Prinsip Perakaunan

1. Pengetahuan dan Kefahaman

2. Kemahiran Mengaplikasi

3. Kemahiran Mengorganisasi dan menilai

4. Kemahiran Berkomunikasi

5. Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat

6. Nilai (selanjutnya…)

Cuti Umum dan Negeri, Malaysia 2009

Cuti Umum 2009

cuti negeri

cuti negeri1