Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berharap agar usaha Allahyarham Datuk Razali Ismail dalam memartabatkan profesyen perguruan di negara ini akan diteruskan.Ini dapat dilihat melalui penambahan institusi perguruan dan komitmen timbalan menteri pelajaran itu meningkatkan kualiti serta keterampilan di kalangan guru, kata Timbalan Presiden Abim, Dr Mohd Farid Mohd Shahran.razali ismailAbim juga, katanya, menyifatkan pemergian Razali (foto) sebagai satu kehilangan besar kepada bidang pendidikan negara.

“Abim juga menghargai komitmen Allahyarham untuk menjana kecemerlangan di kalangan pelajar secara holistik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ia selari dengan falsafah pendidikan negara yang menekankan pembentukan pelajar yang tidak sahaja cemerlang dalam aspek pencapaian akademik, bahkan mempunyai keterampilan sahsiah peribadi yang tinggi.

“Ini termasuk menubuhkan Majlis Permuafakatan Pendidikan (MPP) di setiap daerah sebagai salah satu usaha membanteras segala sosial yang semakin menukar di kalangan pelajar pada hari ini.

“Abim mengharapkan agar usaha-usaha murni tersebut dapat diteruskan dan dipertahankan oleh sesiapa sahaja yang bakal menggantikan tempat beliau nanti,” tambahnya.

p/s – takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Razali Ismail. Al-Fatihah. Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai oleh semua golongan pendidik. Semoga apa yang diperjuangkan oleh beliau ada kesinambungan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: