Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Biasanya jika kita ingin mencari satu-satu fail dalam komputer, kita akan menggunakan fungsi Search dalam Windows dengan menekan Ctrl + F. Maka keluarlah karakter animasi anjing yang akan membantu kita untuk mencari fail. Fungsi Search dalam Windows XP ini adalah sangat lambat, dan tidak cekap untuk membantu urusan harian anda. Lagipun karakter anjing itu agak menjengkelkan :p

Kemudian, saya terbaca ulasan di Freeware Genius tentang sebuah software yang menakjubkan (ayat tak bleh blah, tapi betul ni ^^), iaitu Everything. Seperti namanya, Everything mampu mencari segala fail yang terkandung dalam komputer anda. Sebaik sahaja anda menaipkan nama fail yang ingin anda cari, Everything akan terus memaparkan hasil carian.

everything

Kebiasaannya, software seperti ini akan mengambil masa yang lama untuk mengindeks semua fail yang terkandung dalam PC anda, contohnya Google Desktop dan Locate32. Namun, Everything melakukannya dalam masa yang singkat, tak sampai 10 saat di komputer saya. Ini membuatkan saya hairan dan kagum dengan kepantasan yang ditunjukkan oleh Everything.

Kini, saya bukan sahaja menggunakan Everything untuk mencari fail yang saya tak tahu mana letaknya; malah saya juga turut menggunakannya untuk melancarkan fail atau folder dengan cepat, kerana tak ingin membuang masa untuk klik folder satu-persatu melalui My Computer. Dengan kombinasi Launchy untuk melancarkan program, penggunaan komputer saya menjadi lebih produktif!

Everything hanya berfungsi dengan partition yang menggunakan NTFS. Anda boleh dapatkan Everything di sini.

sembang komputer

p/s satu lagi software yang amat berguna kepada pencinta alam maya. Everything is everything.. mudah, pantas dan produktif. Tak percaya cuba la dulu.. pasti tak menghampakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: