Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

xNeat Windows Manager adalah aplikasi yang boleh menambah pelbagai fungsi kepada desktop. Dengan XNeat, anda boleh sorok mana-mana program yang berjalan dalam komputer, ataupun letakkannya di system tray. Anda juga boleh jadikan satu-satu program separa lutsinar, macam Winamp.

Setelah install XNeat Windows Manager, anda boleh gunakannya terus dengan right-click pada mana-mana program di taskbar. Anda boleh lihat menu yang dipaparkan, seperti berikut:

xneat-01

Seperti yang anda lihat, beberapa menu telah ditambahkan iaitu Transparency, Send To Tray, Hide Window, dan Make On Top. Fungsi-fungsi menu ini adalah seperti berikut:

  • Transparency: Menjadikan window tersebut lutsinar.
  • Send To Tray: Window akan diletakkan di system tray, supaya memberi lebih ruang kepada taskbar.
  • Hide Window: Window akan terus disembunyikan samada dari taskbar atau system tray.
  • Make On Top: Window akan kekal di hadapan desktop meskipun program lain sedang aktif.

Selain dari right-click pada taskbar, anda juga boleh mengakses menu XNeat Windows Manager dengan menekan Win + Space. Menu ini juga perlu sekiranya anda ingin mengembalikan sebarang window yang telah disembunyikan.

xneat-02

Satu fungsi yang tidak terdapat dalam menu adalah menyusun taskbar. Ini adalah fungsi kegemaran saya. Sewaktu bekerja, biasanya saya terpaksa membuka banyak aplikasi. Ini menyebabkan taskbar saya penuh dengan program. Adakalanya saya perlu menyusun kembali program-program ini agar nampak lebih kemas dan lebih senang saya bekerja. Dengan XNeat, anda boleh terus tarik mana-mana taskbar dan susun, sama seperti fungsi tab dalam Opera dan Firefox.

xneat-03

Biasanya, saya lebih gemarkan aplikasi kecil yang khusus untuk satu tugas tertentu, berbanding aplikasi yang mempunyai pelbagai fungsi dimuatkan. Namun xNeat Windows Manager merupakan satu pengecualian, kerana kebanyakan fungsinya memang berguna, malah penggunaan memorinya juga rendah. Anda boleh download xNeat Windows Manager di sini.

sembang komputer

p/s Tuantulis suka program ini. Banyak membantu dalam menggunakan komputer terutama ketika melayari internet. nak cuba?  Klik je link kat atas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: