Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

upin02Institut diberi kuasa di bawah Akta Akauntan, 1967 untuk menyediakan latihan dan pendidikan kepada para ahli. Objektif Institut dalam menyediakan latihan dan pendidikan adalah untuk memastikan semua ahli dapat membina dan mengekalkan kecekapan profesional yang diperlukan untuk memberi perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan, majikan dan pelbagai pihak yang berkepentingan serta meningkatkan keyakinan awam dalam profesion ini.

*Pendidikan Profesional Berterusan*

Jabatan Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) diamanahkan dengan
tugasan merancang dan menganjur persidangan, seminar dan bengkel kerja latihan berkaitan bidang-bidang profesional dan teknikal serta
peningkatan diri dan kemahiran insaniah untuk para ahli MIA. Jabatan ini
menerima penyertaan daripada bukan ahli dengan yuran program yang lebih tinggi. Objektif utama aktiviti CPE adalah untuk membolehkan para ahli mempelajari dan menguasai skil baru, cekap dan berpengetahuan secara berterusan untuk memastikan mereka mampu menjalankan tanggungjawab dengan standard profesional.
$6.00 Welcome Survey After Free Registration!

Sepanjang tempoh yang dilaporkan, Jabatan CPE telah menganjurkan 451 program yang menarik minat seramai 11,500 orang peserta. Program-program ini merangkumi pelbagai topik dalam bidang perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, tadbir urus korporat, percukaian, pengauditan pengurusan modal kerja, pengurusan prestasi, perancangan strategik, kewangan korporat, perbankan, perundangan korporat, perniagaan dan pengurusan risiko kewangan, ICT dan banyak lagi.

Institut sekali lagi dengan jayanya telah menganjurkan Persidangan
Akauntan Kebangsaan 2006 (NAC 2006) pada 31 Oktober – 1 November 2006 bertempat di Pusat Konvensyen KLCC, Kuala Lumpur. Bertemakan “/Accountants: Generating Growth and Building Confidence/”, perjumpaan ulung bagi para akauntan dan pemimpin perniagaan ini telah memecah rekod dengan penyertaan seramai 1,823 orang.

Sejajar dengan Rangka Tindakan Strategik Institut, Jabatan CPE juga
meneruskan usaha untuk meningkatkan kerjasama dengan pelbagai badan seperti Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB), Bursa Malaysia Securities Berhad, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta badan-badan profesional perakaunan lain dalam menghasilkan pelbagai topik yang terkini dan relevan untuk para ahli MIA.

Cabaran utama bagi Jabatan CPE adalah pengenaan bayaran bagi
program-programnya. Yuran sedia ada iaitu RM350/ sehari untuk seorang
adalah tidak mencukupi untuk terus menjalankan program yang berkualiti
tinggi. Walaupun Jabatan CPE masih menjana untung bersih pada yuran
sedia ada, keuntungan dicapai berikutan dari saiz kelas yang besar iaitu
melewati saiz yang ideal iaitu untuk 35 peserta. Lembaga Sumber
Pembangunan Manusia juga menyarankan supaya saiz kelas program latihan
tidak melebihi 35 peserta sekiranya ingin mendapatkan sokongan daripada
mereka. Baru-baru ini, Jawatankuasa CPE telah menyuarakan pendapat
bahawa yuran program-program mestilah bertepatan dengan kualiti yang
dikehendaki, pada dasarnya akan mencadangkan yuran yang ditetapkan
sebanyak RM350/ sehari untuk seorang perlu dikaji semula.

sumber: MIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: