Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

ipin01Publication: Berita Harian

$6.00 Welcome Survey After Free Registration!

BAGI pelajar tahun akhir Universiti Putra Malaysia (UPM), Goh Sin Huey,
keputusan melanjutkan pelajaran dalam jurusan perakaunan adalah muktamad,
walaupun pada awalnya bapanya agak ragu dengan keputusannya itu.

Sejak di bangku sekolah lagi, Sin Huey meminati subjek Perakaunan.
Walaupun beliau mengikuti aliran sains tetapi masih menambah subjek
perakaunan dalam senarai subjek yang diambil untuk peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Keputusan itu nyata tepat apabila beliau mendapat markah tertinggi
dalam subjek Perakaunan dan ditawarkan tempat di UPM dalam jurusan
Perakaunan.

Sin Huey berpendapat bahawa perakaunan memang sebati dengan dirinya
apabila selalu mendapat markah tinggi dalam subjek berkenaan.

Beliau yakin dengan bidang ini kerana ia mencakupi skop yang luas.
Kerjaya dalam bidang kewangan dan perakaunan memberi pilihan yang lebih
banyak dan mencakupi pelbagai bidang serta relevan dalam banyak industri
dan perniagaan.

Sin Huey berpendapat, beliau mempunyai pemikiran rasional dan
praktikal, serta gemar akan nombor dan pengiraan. Ciri-ciri ini baginya
penting untuk menjadi akauntan berjaya. Keyakinan terhadap keputusan
memilih perakaunan semakin menebal selepas latihan praktikal syarikat
perakaunan.

"Walaupun latihan dan kerja sebagai juruaudit mencabar tapi saya
menghargai setiap minit latihan yang diberi dan latihan ini memberi
gambaran sebenarnya akan kerja dan kehidupan sebagai seorang akauntan,"
katanya.

Impian Sin Huey selepas tamat pengajian ialah untuk mendapatkan
pekerjaan di syarikat audit terkemuka di Kuala Lumpur dan berharap dapat
mencapai status 'partner' atau rakan kongsi bagi syarikat berkenaan.

"Memang menjadi impian saya mempunyai peluang menurunkan tanda tangan
pengesahan bagi set akaun," katanya.

Sin Huey berpendapat, pendedahan mengenai isu semasa berkaitan kewangan
dan perakaunan penting untuk memantapkan persediaan awalnya bagi
memulakan kerjaya dalam bidang perakaunan.

Dengan kesedaran ini Sin Huey menyertai program 'ACCA Accelerate' pada
Ogos lalu selepas mengetahui mengenainya menerusi laman web ACCA.

Baginya kelayakan perakaunan profesional seperti ACCA menambah peluang
bukan saja mendapatkan kerjaya tetapi penting untuk terus berjaya dalam
bidang korporat. Sebagai pelajar yang menyertai skim ini, Sin Huey
mendapat banyak kelebihan tetapi yang paling penting bagi beliau ialah
mendapatkan majalah Student Accountant, majalah terbitan ACCA untuk semua
pelajar ACCA seluruh dunia.

Majalah ini memuatkan pelbagai artikel teknikal dan nasihat praktikal
untuk pelajar ACCA dalam pembelajaran dan juga persediaan dalam dunia
perakaunan. Bagi Sin Huey, maklumat sebegini amat berguna bagi persediaan
fizikal dan mental dalam menghadapi dunia pekerjaan.

Dengan menyertai skim 'ACCA Accelerate' Sin Huey mendapat majalah ini
secara percuma setiap bulan. Skim 'ACCA Accelerate' khas buat graduan
seperti Sin Huey untuk mendapatkan kelayakan perakaunan profesional, ACCA
yang diiktiraf di 170 buah negara di seluruh dunia.

Skim ini membolehkan impian graduan mendapatkan kelayakan ACCA dalam
jangka masa lebih singkat. Graduan boleh mendaftar dan menyertai skim ini
semasa masih menuntut di universiti dan meneruskan pengajian ACCA sebaik
tamat pengajian di universiti. Ini menjimatkan masa.

Sin Huey bercadang menimba pengalaman bekerja di luar negara satu masa
nanti. Jadi dengan skim ini beliau berpeluang mendapatkan kelayakan ACCA
dan kelayakan profesional ACCA ini diiktiraf oleh 170 Negara.

Ini membolehkan Sin Huey layak untuk mendapatkan pekerjaan di peringkat
antarabangsa. Ramai graduan ACCA kini menetap dan bekerja di luar negara
untuk menimba lebih banyak pengalaman sebelum pulang semula ke Malaysia.

Sejak dulu lagi, majikan di seluruh dunia mengiktiraf lulusan dan ahli
ACCA dan mereka diterima bekerja kerana jaminan kualiti dan mutu ACCA itu
sendiri.

"Dari dulu lagi, saya sudah mengambil keputusan belajar ACCA selepas
saya mendapatkan ijazah. Tapi melalui skim khas untuk graduan ini, saya
berpeluang mendapat pendedahan awal yang dinikmati pelajar ACCA dengan
lebih awal yakni sebelum saya menamatkan pengajian ijazah saya.

Sin Huey yakin yang statusnya sebagai palajar ACCA melalui skim ACCA
Accelerate akan menjadi satu kelebihan bagi dirinya apabila memohon dan
menghadiri temu duga pekerjaan. Ini kerana kelayakan ACCA sudah lama
diiktiraf antarabangsa dan dipandang tinggi oleh majikan terutamanya di
syarikat perakaunan besar.

Beliau berkata, ACCA Accelerate penting bagi graduan mendapatkan
pendedahan awal dan mengesyorkannya pelajar tahun dua dan tiga,
terutamanya selepas latihan praktikal. Ini lebih baik kerana mereka lebih
mudah untuk menghubung kaitkan diri dengan teori dan situasi kerja yang
sebenar.

Maklumat lanjut sila hubungi ACCA di talian 03-2713 5051 atau e-mail
kepada info@my.accaglobal.com atau http://malaysia.accaglobal.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: