Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Institut Akauntan Malaysia (MIA) diberi kuasa di bawah Akta Akauntan, 1967 untuk menentukan kelayakan seseorang untuk diterima sebagai ahli akauntan. Fungsi ini adalah perlu bagi memastikan kelayakan-kelayakan yang diiktiraf di bawah Akta Akauntan, 1967 yang menyenaraikan kelayakan keahlian (dengan Institut), mencapai keperluan piawaian dan kualiti yang dikehendaki oleh Institut.

Melalui fungsi ini, Institut menerima individu yang layak, berkebolehan dan profesional sebagai ahli yang mampu memenuhi keperluan awam dengan efektif.* Akreditasi* MIA telah meluluskan dan mengiktiraf kelayakan berikut untuk dimasukkan dalam Bahagian I, Jadual Pertama, Akta Akauntan, 1967: Peperiksaan akhir Universiti Utara Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) (Sistem Maklumat), yang mana program akademik telah bermula dari tahun akademik 2002/2003; Peperiksaan akhir Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian); dan Peperiksaan akhir Universiti Malaysia Sabah untuk Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian). * Pendidikan* Jawatankuasa Pendidikan terus berusaha ke arah meningkatkan dan menyebarkan perkembangan dalam pendidikan dan profesion perakaunan di Malaysia.

Salah satu usaha utama yang telah dijalankan semasa tempoh yang dilaporkan adalah sumbangannya dalam penghasilan Laporan Hala Tuju 2 yang memfokuskan tentang memperbaiki kualiti program ijazah perakaunan yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan supaya setaraf dengan standard global. Laporan tersebut telah diselesaikan oleh Jawatankuasa Hala Tuju 2 pada Disember 2006. Atas usaha Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE), inisiatif ini dilihat sebagai bertepatan pada masanya dan sesuai memandangkan objektifnya adalah untuk memastikan program perakaunan yang ditawarkan oleh universiti-universiti adalah sejajar dengan perkembangan global dalam profesion ini.

Sebagai sumbangan kepada inisiatif ini, Jawatankuasa Pendidikan Institut memberi input yang relevan dan pandangan yang bernas untuk dimasukkan dalam laporan tersebut. Laporan tersebut memberi penekanan terhadap bahagian-bahagian berikut yang dilihat sebagai penting dalam meningkatkan kualiti graduan perakaunan Malaysia: Meningkatkan kualiti program perakaunan setanding dengan Piawaian Pendidikan Antarabangsa (IES). Memperkukuhkan program perakaunan untuk memenuhi kehendak pelbagai pihak yang berkepentingan. Meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: