Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

ehsan01 Petikan : Berita Harian

MELAKA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah laman blog yang menyiarkan artikel menghina Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri berkata, perkara itu juga tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana boleh mengancam dan menimbulkan masalah besar di dalam negara, selain menghalang isu itu daripada digunakan pihak tertentu untuk merosakkan perpaduan rakyat Malaysia.baca lagi

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar semalam, mengenai sebuah laman blog, yang didakwa milik seorang wanita Melayu menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.

Selain penuh dengan pelbagai tohmahan, artikel berkenaan turut disertakan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan memburukkan Nabi Muhammad SAW.

“Jangan lakukan apa-apa perkara yang boleh menghina kepercayaan agama mana-mana kaum di negara ini. Ia amat penting… dan saya berharap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar bersama polis membuat siasatan dan mengambil tindakan segera supaya isu berkenaan tidak menjadi perkara yang boleh merosakkan keharmonian kita semua.

<br>

p/s tuantulis rasa perlu ada satu undang-undang/akta yang berkaitan penulisan blog. kita sebagai penulis perlu peka isu sensitif bagi mengekalkan perpaduan negara dan yang lebih utama menjaga etika blogger

Comments on: "Blog hina nabi tidak boleh dibiar" (1)

  1. syarliyana said:

    yup..btul tu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: