Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

1. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan
permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam
Talian (Online Application) sepenuhnya mulai Sesi Akademik
2008/2009.
2. Memandangkan kuantum pemohon adalah tinggi dari kalangan
Lepasan SPM, iaitu dianggarkan 200,000 permohonan, KPT
mengambil langkah-langkah proaktif bagi memantapkan lagi
sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan
melaksanakan permohonan Aplikasi Dalam Talian secara dua
(2) fasa iaitu :
i. Fasa 1 : Pendaftaran Permohonan
ii. Fasa 2 : Pengesahan Permohonan
3. Kaedah ini merupakan usaha dan keprihatinan KPT untuk
meningkatkan serta memperkasakan sistem penyampaian
perkhidmatan dalam pengurusan permohonan kemasukan ke
IPTA adalah lancar, berkesan dan mesra pengguna.

4. Calon Lepasan SPM ( Pemohon Lepasan SPM 2008, 2007 &
2006 serta Setaraf) dikehendaki mengemukakan permohonan
kemasukan ke IPTA Fasa 1 ( Pendaftaran Permohonan)
melalui URL http://www.mohe.gov.my yang dibuka mulai 3
November 2008. Tarikh tutup permohonan Fasa 1 ialah pada
31 Disember 2008.
5. Bagi permohonan Fasa 1, calon Lepasan SPM hanya perlu
menggunakan Nombor Kad Pengenalan / My Kad serta
Kata Laluan.
6. Calon perlu mengisi maklumat atau butiran seperti berikut :
i. Maklumat Peribadi ;
ii. Maklumat Pekerjaan & Keluarga ;
iii. Maklumat Akademik (Bagi Berkaitan Sahaja) ;
iv. Kategori Permohonan ; dan
v. Maklumat Kokurikulum (Untuk Sukan & Permainan
serta Tahap Penglibatan).
7. Sementara itu permohonan Fasa 2 pula akan dibuka mulai
3 Februari 2009 jam 12.00 tengah hari. Pemohon boleh
membeli Nombor Unik ID dengan harga RM 10.60 di manamana
kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui
Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas (SMS Banking) /
Mesin ATM (Bagi yang memiliki akaun GIRO BSN Sahaja)
seluruh negara sehari selepas iklan pelawaan disiarkan
sehingga tarikh tutup permohonan.

8. Calon perlu mengemukakan permohonan FASA 2 dengan
mengguna pakai Nombor Unik ID, Nombor Kad Pengenalan /
My Kad dan Kata Laluan. Calon dibenarkan mengemukakan
satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali pengemaskinian
sehingga tarikh tutup permohonan.
9. Tarikh tutup permohonan bagi Program Pengajian Lepasan
SPM/Setaraf adalah seperti berikut :
i. Kategori B, C, D – 3 Mac 2009
ii. Kategori A – 10 hari bekerja selepas keputusan SPM
2008 diumumkan.
10. Justeru KPT menyarankan agar semua pemohon Lepasan
SPM mengemukakan permohonan bagi Fasa 1 dalam usaha
meningkatkan kelancaran proses permohonan. Impaknya,
dapat mengurangkan tempoh masa pemohon ketika
mengemukakan permohonan mereka pada Fasa 2 nanti.
11. Sebarang kemusykilan boleh menghubungi Bahagian
Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi,
KPT di talian telefon: 03-88835801 atau 03-88835802 atau
e-mel upu@mohe.gov.my.
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
31 Oktober 2008

Comments on: "PERMOHONAN FASA 1 APLIKASI DALAM TALIAN ( ONLINE APPLICATION ) UNTUK KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2009/2010" (2)

  1. sya x aply fasa 1…blh x saya aply fasa 2…

  2. ZULAIKHA said:

    saya x apply untk fasa 1…apply untk fasa 2 je..bole kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: