Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Archive for Januari, 2009

PROSES PENGIRAAN MARKAH KEMASUKAN KE MRSM

TINGKATAN EMPAT

PMR SEKURANG-KURANGNYA 6A 2B
(A DALAM MATEMATIK & SAINS)

UJIAN KECENDERUNGAN KE MRSM(UKKM)
=
70%
SES(SOCIO ECONOMIC STATUS)
=
30%
JUMLAH
=
100%

PROGRAM PKP

UKKM
=
100%
PMR
=
8A / 9A

TINGKATAN SATU

AKADEMIK
=
25%
SES(SOCIO ECONOMIC STATUS)
=
45%
KO-KURIKULUM
=
30%
JUMLAH
=
100
Advertisements

PERATURAN KEMASUKAN KE MRSM

TINGKATAN SATU

  • warganegara Malaysia tahun enam.
  • Bumiputra atau Bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah kebangsaan atau Sekolah Rendah kebangsaan.
  • Mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar Semenanjung.
  • Mendapat minima 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar Sabah dan Sarawak.
  • Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan.
  • Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah  dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif.

TINGKATAN 4

  • Pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan Pelajar Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  • Mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sains dan Matematik) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR.
  • Markah yang tinggi dalam UKKM.
  • Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM(UKKM) sebagai prasyarat Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM.
  • Pelajar yang menuntut di sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan (SBP, SBPI) dan SMKA di bawah (JAPIM) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon.

Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat 2009

Update terkini### cuba link dibawah untuk semakan. Harap maklum sekarang laman tersebut sesak. Harap bersabar. Tuantulis ucapkan tahniah yang berjaya… yang tidak dapat jagan kecewa. Belajar dimana pun sama. Kalau PMR boleh dapat 8A di sekolah harian biasa takkan SPM tidak boleh
mrsm1
mrsm

ipin02

Semakan online untuk kemasukan MRSM Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh dibuat pada minggu depan. Kenyataan ini dibuat pagi tadi oleh Bahagian Pendidikan Menengah, MARA. Tiada tarikh ditetapkan setakat ini.

Nampaknya, bukanlah pada hujung bulan Januari seperti yang diwarwarkan sebelum ini. Bagaimanapun, memang lazim bagi pihak MARA mengeluarkan keputusan tawaran kemasukan MRSM pada bulan Februari.

Setakat ini, hanya MRSM Ulul Albab di Kota Putera, Besut sahaja yang telahpun membuat pendaftaran masuk pada 19 Januari lalu, setelah calon-calonnya melalui proses temuduga. MRSM beraliran agama itu bermatlamatkan semua pelajarnya telah menghafaz Al-Quran 30 juzuk apabila memasuki Tingkatan Tiga. MRSM tersebut hanya menawarkan 180 tempat sahaja bagi calon Tingkatan Satu yang berjaya, dari sejumlah 800 orang yang ditemuduga.
Bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat MRSM lainnya, surat tawaran akan menyusul kemudian setelah semakan online dibuka. Kini proses saringan terakhir dijalankan, khususnya setelah keputusan Tingkatan Empat ke SBP keluar pada 24 Januari lalu yang bersambung pula dengan Cuti Raya Cina. Seperti sedia maklum, calon yang telah berjaya mendapat SBP tidak akan mendapat lagi tawaran MRSM.
Kemasukan ke MRSM sememangnya amat kompetetif. Dalam kenyataan akhbar sebelum ini, Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin berkata, MARA menerima 16,750 permohonan untuk mengisi 6,839 tempat Tingkatan Empat yang disediakan di sebanyak 41 MRSM tahun ini. Bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu di MRSM pula, MARA menerima 25,097 permohonan bagi mengisi 5,330 tempat.
Kepada calon-calon yang gelisah menunggu, jangan bimbang. Biasanya aplikasi dalam talian MRSM akan beroperasi selama kira-kira 2 minggu setelah ianya dibuka untuk semakan online.

Sementara itu, belajarlah seperti biasa di sekolah sekarang, dengan bersungguh-sungguh. Bukankah anda semua pelajar-pelajar cemerlang? Jika anda telah meraih keputusan hebat di sekolah sekarang, tentunya mampu begitu juga untuk PMR dan SPM kelak di sekolah yang sama. Buktikan!

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan
sahaja akan dipertimbangkan.
1.                Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima
daripada tarikh tutup akan ditolak.
2.               MRSM menawarkan Jurusan Sains Tulen sebagai Jurusan
Utama (Subjek Lukisan Kejuruteraan tidak ditawarkan).
3.               Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama
Penuh (SBP, SBPI) Kementerian Pelajaran Malaysia tidak
akan ditawarkan ke MRSM.
4.               Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi.
Sekiranya tiada jawapan yang diterima sehingga
30 April 2009 permohonan dianggap tidak berjaya.
5.              Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM
yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah
ditetapkan oleh MARA.
6.              Keputusan pemilihan Jawatankuasa Pengambilan
Pelajar MRSM adalah muktamad

Buat Duit Di Rumah
Anda Di Bayar Setiap Kali Membawa Masuk Pelawat Baru Ke Laman web sAYA

Sistem E-Rayuan Atas Talian Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Sesi 2009

rayuan

Untuk E-rayuan sila klik digambar diatas.

Saham Akhirat

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini


Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.

Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”

Atau….

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!”

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”

atau…

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”

Alhamdulillah… Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini : 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak
terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut”

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang  tidak patut.
4. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat…
mudah-  mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Takwim Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STAM Tahun 2009

Takwim Peperiksaan Tahun 2009
UPSR
Ujian Bertulis 8 – 10 September 2009
PMR
Ujian Bertulis 7 – 9 Oktober 2009
12-13 Oktober 2009
SPM
Amali 20 – 22 Oktober 2009
26 – 27 Oktober 2009
Ujian Bertulis 19 November – 16 Disember 2009
STAM
Ujian Lisan 13 – 24 Julai 2009
Ujian Bertulis 19 – 21 Oktober 2009
SPM (Ulangan)
23 – 24 Jun 2009

Permohonan IPTA Lepasan SPM Fasa Dua – 3 Februari

Semua pemohon IPTA lepasan SPM 2008 wajib mengemukakan permohonan Fasa Dua (Pengesahan Permohonan) yang dibuka 3 Februari, 2009.
Iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf serta STPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010 akan disiarkan dalam lapan akhbar perdana pada 1 Februari depan, manakala permohonan melalui aplikasi dalam talian pula dibuka mulai 3 Februari jam 12 tengah hari.

Tarikh tutup permohonan ialah 10 hari bekerja selepas keputusan SPM, STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 diumumkan.

Menurut kenyataan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, 127,958 permohonan Fasa Satu (Pendaftaran Permohonan) bagi kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf diterima sehingga tarikh tutup 31 Disember lalu.

Jadi, semua lepasan SPM/STPM/Setaraf elok beli atau baca suratkhabar 1 Februari depan. Penting! Kemudian bersedia pula untuk 3 Februari