Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

En. Palanisamy adalah pemandu bas sekolah berbangsa India di sebuah pekan kecil di pinggir laut Selat Melaka. Beliau mempunyai seorang isteri, suri rumahtangga sepenuh masa. Beliau ada 2 orang anak lelaki. seorang bernama Ganthan, seorang lagi bernama Rajan. Beza umur anaknya 1 tahun.
Keluarganya tinggal di pinggir kampung baru, sebuah rumah papan. Sebahagian papan dinding belakang macam dah nak lekang. Bumbung zinknya separuh dah berkarat. Tiada aerial astro atau aerial tulang ikan, cuma aerial televisyen jenis murah di bumbung. Laman rumahnya bersih dan ada pokok-pokok bunga yang cantik. Isterinya tentu rajin menjaga kebersihan dan rapi. Sekarang En. Palanisamy tinggal berdua sahaja dengan isterinya, sebab kedua anak lelakinya dah tiada..
Dah tiada? ke mana?

Kisahnya begini.. En. Palanisamy dulunya tidak bersekolah tinggi. Keluarganya tidak mampu untuk menyekolahkannya dengan pendapatan sedikit di estet, suatu masa dahulu. Dia sedar, dulu dia tiada peluang. Dia harap anaknya tidak lagi seperti dia.
En. Palanisamy amat mementingkan disiplin anak-anaknya sejak kecil. Anaknya tidak dibiarkan keluar merayau dengan rakan sekampung. Dia suka menunjukkan anak-anaknya contoh-contoh orang berjaya apabila dia membawa anaknya ke pekan. Dia amat sering berkunjung ke sekolah di mana anaknya belajar – dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Dia bertanya pada guru kelas, juga pentadbir sekolah tentang perkembangan akademik dan sahsiah anaknya. Dia juga selalu aktif dengan program sekolah dengan jawatan AJK PIBG.
Semasa di sekolah rendah, anaknya bersekolah di SJK (Tamil). Kedua anaknya dapat 6A, termasuk Bahasa Tamil. Dia sedar anaknya tidak akan dapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA. Dia juga tahu tiada peluang anaknya untuk ke Kelas Rancangan Khas (KRK).  Tak apa, dia masukkan anaknya ke sekolah kaca puri (feeder school) yang biasa.
Sekolah menengah yang dimasuki adalah sekolah yang amat rendah prestasi. Baru menjadi sekolah paling corot dalam negeri dalam PMR ketika itu. Bezanya adalah persekitaran sosial. Majoriti murid ketika itu 60:30:10. Murid Cina adalah majoriti, dikuti Melayu dan India. Kisah sekolah padat dengan kisah murid nakal yang suka bergaduh antara kaum dan vandalisme. Memang takut kalau nak masukkan anak ke situ. Malah terdapat ibubapa menukarkan anak mereka ke sekolah lain berhampiran.
Tetapi  En. Palanisamy kenal guru-guru. Dia sering ke situ. Dia tahu guru-guru yang mengajar bukan tidak berpendidikan atau berkelayakan. Mereka dari menara gading, malah beberapa orang yang memiliki ijazah sarjana. Baginya, guru-guru memang bekerja, iaitu mengajar. Masalahnya cuma murid-murid.. mereka tidak bekerja.. mereka tidak suka belajar. Berapa ramai murid Cina yang tidak tahu bertutur dan menulis hingga tingkatan lima.. walau pelbagai program sekolah dilaksanakan.
En. Palanisamy ini amat mendisiplinkan anak-anaknya. Memang anak-anaknya terbukti baik tingkahlaku dan berbudi bahasa. Ganthan menjawat pengawas pusat sumber, adiknya Rajan pengawas sekolah. Mereka tidak rapat di sekolah, sebaliknya rapat dengan rakan-rakan yang rajin di kelas masing-masing. Mereka berkawan dengan semua orang, tetapi rapat hanya dengan yang mahu belajar. Itu memang pesan En. Palanisamy pada anak-anaknya. Bapa mereka selalu beri sokongan untuk mereka aktif dalam sukan dan kokurikulum. Ganthan ada penyertaan di peringkat kebangsaan, dan Rajan pernah wakil Malaysia dalam satu anjuran pihak swasta.
En. Palanisamy beragama Hindu. Dia bukan seorang sami yang ‘alim’, tetapi dia dan isterinya mengajarkan anak-anaknya asas beragama. Kehidupan yang bahagia datang dari hati yang bersih. Kemuliaan itu datangnya peribadi yang luhur. Kejayaan datang dari usaha yang gigih.
Sewaktu PMR, kedua anaknya mendapat 8A selang setahun. Sewaktu pendaftaran SPM, Ganthan berani mengambil 13 matapelajaran. Didorong ledakan sejarah Amelina dengan 17A-nya, Ganthan mencuba dengan 13. Ya, dia dapat 13A. Meletup sekolah dengan berita itu. Adiknya Rajan setahun kemudian mencuba 13 juga, tetapi dapat 11A dengan 2B. Kisah itu tidak berakhir di situ. Sekarang ada pula pelajar-pelajar baru dari sekolah jiran bertukar ke situ.
Dalam ucapan khas di sekolah kepada semua murid, Ganthan mengejutkan ramai orang dengan ucapan terima kasih tidak terhingga pada semua guru. Katanya, dia tidak pernah masuk kelas tiusyen di luar sekolah sepanjang 5 tahun. Bapanya tidak mampu.. bapanya berpesan, “tumpukan pelajaran pada pengajaran guru, kamu akan berjaya.. seperti mana kamu tumpu pada apa yang bapa didik kamu selama ini. Hormati mereka sepertimana kamu menghormati bapa dan ibu kamu”.
Kini Ganthan di India, mengambil kursus ijazah perubatan dengan biasiswa. Rajan pula baru menamatkan matrikulasinya dengan jayanya. Moga mereka terus cemerlang dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.
Kisah ini adalah kisah benar. (Blog amran)
– – – – – – – – – – – ———–
Oh ya.. mengapa Tuantulis cerita tentang ini? supaya kita sedar.. di mana kita berada, kita tetap boleh berjaya. Selagi kita berusaha bersungguh-sungguh, kita sedang di landasan yang betul. Mana yang lebih menarik? Dapat 8A di MRSM dan SBP yang hebat – atau – dapat 8A di sekolah biasa yang tanpa nama ?

Comments on: "Permohonan dan Semakan SBP / MRSM / Teknik Vs GAGAL" (4)

  1. bg ika kalau 8A di sekolah asrama mmg budak2 tu dah kena cop as BUDAK PANDAI.. but kalau dkat ordinary skool, ika rasalah pandangan org akan lebih berbeza.. sbb mmg xhairan budak asrama dpt straight A kan??/ No matter where we learn, we still can succed.. its the matter of interest and hardworking.. btul tak tuantulis???

  2. Betul tu ika..

    Itulah moral of the story… mungkin yang berbeza suasana persekitaran yang berbeza. Di SBP kita dikelilingi oleh kawan2 yg sememangnya bijak pandai..motivasi belajar dh ada disitu..sebaliknya di sek biasa. kita kena motivasikan diri kita itu aje…

  3. crita2 bila result permohonan ke sbp, teknik akan kuar?? da lama tunggu..

  4. pihak kementerian sepatutnya menerima pelajar2 yang awal memohon ke sekolah teknik…n meminta guru2 disekolah memberitahu keputusan pemohonan ke sekolah teknik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: