Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

kakros02Setiap hujung tahun, tentunya setiap ibubapa cuba memastikan keperluan anak-anak dapat dipenuhi dan sempurna. Bagi sekolah berasrama, senarainya lebih banyak berbanding dengan sekolah harian biasa. Ini kerana anak-anak berada 24 jam di tempat yang bukan di bawah kawalan ibubapa.
Semua sekolah berasrama biasanya mengeluarkan senarai mengikut sekolah masing-masing. Namun begitu, setelah masuk ke asrama tetap ada benda yang yang tertinggal dan bapa kena keluar ke kedai berhampiran untuk beli, hehe. Berdasarkan pengalaman, berikut antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian untuk disediakan secukupnya.


Keperluan Pakaian Sekolah

  1. Pakaian Rasmi Sekolah (baju kemeja + lencana + tanda nama, seluar, talipinggang, tali leher, baju kurung). Sesetengah sekolah mewajibkan seluar putih.
  2. Baju kurung & tudung bagi perempuan (berbeza mengikut sekolah).
  3. Baju Melayu, samping & songkok hitam.
  4. Pakaian Prep (kelas persediaan petang / malam)
  5. Kasut kulit hitam atau kanvas putih (berbeza mengikut sekolah) & stokin
  6. Baju batik (upacara rasmi & outing/balik kampung)
Pakaian Solat
  1. Kain pelikat, baju melayu. Set telekung untuk perempuan.
  2. Kopiah putih atau songkok hitam. Bagi sekolah tertentu, jubah putih dan serban dibenarkan.
Pakaian Riadah
  1. T-shirt dan seluar trek.
  2. Kasut sukan dan stokin yang sesuai.
  3. Alatan sukan berkaitan (eg: raket badminton, but bola, bat pingpong)
Keperluan Asas Asrama
  1. Cadar, sarung bantal dan selimut. Sesetengah koperasi sekolah menjual sarung tilam.
  2. Keperluan diri – tuala mandi, baldi, cebok, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, tuala mandi, kain basahan untuk mandi, syampo.
  3. Pakaian asas: singlet, sapu tangan & pakaian dalam.
  4. Berus dan sabun basuh; penyepit baju dan penyangkut baju.
  5. Kunci mangga  locker, engsel padlock (jika perlu).
  6. Sikat, cermin muka, minyak rambut, bedak,pengepit kuku dan lain2 alat kosmetik.
  7. Jarum & benang.
  8. Selipar sandal bertali.
  9. Kiwi kasut & berus (kasut kulit hitam) atau kapur kasut (kasut kanvas putih).
  10. Permanent marker pen – untuk tulis no. kod dobi pada pakaian (jika ada perkhidmatan dobi).
  11. Perhiasan dibenarkan: jam tangan, cermin mata.
  12. Ubat-ubatan yang biasa dimakan (kebenaran doktor bertauliah)
  13. Kole, sudu & stok biskut & minuman 3 in 1.
  14. Duit siling atau kadfon untuk contact rumah. Telefon bimbit dilarang.
Keperluan Asas Pembelajaran
  1. Beg sekolah – sebaiknya kalis air.
  2. Kotak alatulis – pen, pensil, pemadam, pembaris, gunting kecil, gam.
  3. Kalkulator saintifik, kotak geometri (mathematical set)
  4. Buku tulis ( dijual di koperasi)
  5. T-shirt & seluar PJK (koperasi)
  6. Buku Peraturan Sekolah (koperasi)
  7. Water color & berus warna; pensel warna.
  8. Duit belanja, hehe.
Kini kebanyakan sekolah berasrama mengedarkan senarai keperluan asrama serta kaedah pembayaran pelbagai jenis yuran dan derma persekolahan kepada ibubapa sebagai persediaan sebelum anak masuk ke asrama. Ada beberapa jenis yuran yang kemungkinan dibayar secara online dan resit bayaran dibawa semasa pendaftaran masuk anak kelak. Bagi kebanyakan sekolah, sebahagian besar keperluan sekolah ada dijual di koperasi.
Kemungkinan keperluan asrama sekolah adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Itu adalah normal kerana setiap sekolah mempunyai aliran dan nilai tradisi masing-masing. Namun tujuan dan matlamatnya tetap sama: mendidik anak bangsa agar kelak berguna untuk bangsa, agama dan negara.
sumber azmanlin.blog

Comments on: "Senarai Keperluan Asas Bagi Yang Bakal Duduk Di Asrama" (3)

  1. bagus betul web ni..
    amat membantu saya membuat persiapan ke asrama..
    senarai ni boleh digunakan utk pelajar sekolah mahupun universiti..
    terima kasih..
    >_<

  2. thanks list ini banyak membantu saya…

  3. SiLesungPipit said:

    haaa. bagus2. lagipun saya memang akan duduk di asrama thn dpn . btw , thanks k

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: