Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Seramai 10,500 lulusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 akan ditawarkan memasuki Tingkatan Empat sekolah berasrama penuh (SBP) Kementerian Pelajaran dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada sesi persekolahan ini.

Mereka adalah calon yang terpilih daripada 64,990 permohonan dan akan mendaftar pada 10 Februari depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, berkata kementerian menerima 48,240 permohonan untuk mengisi 3,661 tempat di SBP tahun ini.

“Semua calon boleh menyemak keputusan online mulai 30 Januari. Jumlah permohonan dan tempat yang ditawarkan meningkat. Tambahan pula, dua SBP baru bakal dibuka tidak lama lagi tetapi ia tidak membabitkan kemasukan pelajar dalam pusingan pertama ini,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, kementerian menerima 92,850 permohonan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu di SBP tahun ini.

Beliau berkata, sebanyak 5,838 tempat kemasukan Tingkatan Satu ditawarkan dan calon yang berjaya terpilih dijadualkan mendaftar 12 Januari ini.

Pertimbangan permohonan berdasarkan empat kriteria utama, iaitu keputusan cemerlang Gred A dalam semua mata pelajaran diambil, pembabitan aktif dalam kokurikulum, latar belakang sosio ekonomi, termasuk pendapatan keluarga calon serta keutamaan kepada calon cemerlang sekolah luar bandar dan pedalaman.

Sumber: kenyataan akhbar 7/1/2009)

SEMAKAN TAWARAN | PERMOHONAN SBP DISINIT4 – 2009 DIUBAH KE – 24 JANUARI

p/s  tuantulis minta maaf kepada semua yang bertanya.. lambat balas.. jadi tuantulis respon pertanyaan kalian  berdasarkan kenyataan akhbar diatas.

Comments on: "Semakan Online SBP Tingkatan Empat – 30 Januari" (5)

  1. Abg, sy student Form 4 sekolah SMKTR.
    Sy ada apply SBP tapi saya tidak dapat tawaran ke mana2 walaupun sy dpt 7a1b(geografi) dalam PMR 2008. sy pun dah buat erayuan. Harap2 dapat la…
    Sebenarnye saya nak tanye, kenapa sekolah2 macam SBP dan MRSM, dia ada 2 intake? Sebab apa ada 2 intake dan ape fungsinya… Apa beza 1st intake ngan 2nd intake? Selalunya, student yang buat erayuan ni, diorang dpat waktu second intake ke?
    Harap abg dapat inform ke email sy ASAP!
    Thanks!

  2. terima kasih.. untuk maklum faiz, setiap tahun jumlah yang mendapat 8A adalah ramai dan semakin meningkat. jadi persaingan adalah sengit dan kebarangkalian untuk dapat semakin kecil. untuk kes 2nd intake, banyak faktornya antaranya adalah pelajar yang ditawarkan pada 1st intake mendapat tawaran lain atau menolak tawaran itu. jadi pada kita digalakkan untuk membuat rayuan. manalah tahu nama kita dihighlightkan dalam listing tawaran.

  3. Sy ada apply SBP tapi saya tidak dapat tawaran ke mana2 walaupun sy dpt 7 a dalam PMR 2008. sy pun dah buat erayuan. Harap2 dapat la…
    sebenarnya saya nak tanya tarikh 1st intake bila??????
    tarikh 2nd intake pula bila?????

    Harap abg dapat inform ke email sy ASAP!
    Thanks!

  4. sila semak disini (24 Januari 2009 ~ 17 Februari 2009 sahaja)(lepas tu ditutup)
    http://apps.emoe.gov.my/sst4online2007/semakan_permohonan_240109/

    Maaf, tuantulis tidak boleh menyemak untuk anda semua. Sebab ia adalah sulit dan memerlukan No Kad Pengenalan anda. Jadi untuk semakan pastikan tarikh semakan yang dinyatakan. tuantulis hanya menhebahkan apa yang boleh membantu sahaja. harap maaf dan maklum.

  5. Mazni Zuriyaty said:

    Adik saya telah membuat Rayuan.Saya berharap pihak tertentu memberi peluang pada adik saya walaupun keputusannya agak kurang cemerlang berbanding yg lain 8A.
    Saya harap adik saya dpt kerana Bapak saya baru meninggal dan saya tinggal bujang di kuala lumpur..adalah berharap adik dpt masuk asrama utk kebaikan dia. dan dapat belajar dgn tekun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: