Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

ehsan01Iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010 telah disiarkan dalam 8 akhbar perdana pada 1 Februari 2009 (Ahad) dan sekali lagi pada 1 Mac 2009 (Ahad). Siaran iklan sebanyak dua kali ini bertujuan untuk memastikan sebar luas maklumat permohonan kemasukan ke IPTA lebih menyeluruh. 3. Permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian dibuka mulai 3 Februari 2009 jam 12.00 tengah hari yang lalu. Calon perlu mengemukakan permohonan dengan menggunakan Nombor Unik ID dan Nombor Kad Pengenalan / My Kad serta Kata Laluan. Tarikh tutup permohonan ialah 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan SPM, STPM dan STAM tahun 2008 diumumkan.

Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan
Pengajian Tinggi telah membangunkan Laman Web Rasmi Kemasukan Ke
IPTA iaitu http://upu.mohe.gov.my. Laman web ini mengandungi
e-panduan (syarat am dan syarat khas program, panduan permohonan),
e-borang (Lepasan SPM, STPM, STAM, Diploma), semakan status
(permohonan, keputusan, panggilan temu duga, panggilan ujian serta
pelbagai infomasi). Sehubungan itu dalam memantapkan pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian, pada sesi akademik 2009/2010 pemohon boleh membeli Nombor Unik ID di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di semua mesin ATM (Auto Teller Machine) yang berfungsi 22 jam sehari di seluruh negara serta SMS
Banking bagi pemegang akaun BSN sehari selepas iklan pelawaan
disiarkan sehingga tarikh tutup permohonan.

Comments on: "permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010" (6)

  1. saya ni budak lepasan spm..
    tapi nak masuk ke politeknik…
    saya kredit 6 jer..
    math 8 dan bi 7..
    boleh ke saya memohon ke politeknik..??
    sila balas dengan segera.

  2. saya lepasan spm 2008,
    result saya 7A1 and 2A2…

    saya nk tny, ada x maner2 peermohonan lg yg dpt saya mohon sesuai dgn kelulusan saya selain dari matriklulasi and upu…

    saya juga ada mohon utp tapi saya lbh minat nk smbg belajar di jepun…

    saya ada isi yg jpa 2, tapi yg itu sekali dgn biasiswa ke cm maner???
    saya xpaham….

    ke saya kene isi yg lain untuk mohon biasiswa dia…

    saya confius laa….

  3. saya nak semak nama siapa yang layak ke politeknik….tp saya tak tau mcm mn

  4. shahrul said:

    saya sebenarnya nak tanya, boleh ke seseorang pelajar lepasan politeknik untuk melanjutkan ke upu, kerana saya ada mendengar lepasan politeknik tidak dilayan oleh banyak ipta walaupun gred purata mereka melebihi 3.5

  5. saudari herman,saya lepasan spm 2008…… result saya sama sprti awk………. saya dpt tawaran dari kolrj islam perak nkolrj polytech mara tetepi saya tolak coz saya x sempat mmbalas surat tawaran tersebut………. brbalik pada soalan awk,sya rasa awk blh mohon ke politeknik coz saya juga mohon politeknik………

  6. saya pelajar lepasan spm 2008.saya ditawarkan program diploma pengurusan teknologi pejabat di uitm.saya tak tau la macam mna nak dapatkan surat tawaran tue mlalui lman web yang dorang bagi…saya uda cuba tapi tak dapat2 plak! amacam nie….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: