Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Archive for September 4, 2009

CARA MEMOHON, SEMAKAN, TAWARAN DAN RAYUAN – Matrikulasi KPM

 Cara Membuat Permohonan

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua ( 2 ) cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. (Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja).

2.0 Tarikh Tutup

  1. Tarikh tutup bagi kemasukan sesi 2010/2011 ialah pada 10 Oktober 2009.
  2. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

3.0 Semakan Permohonan & Membetulkan Maklumat

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

4.0 Semakan Keputusan Permohonan

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

5.0 Surat Tawaran dan Pendaftaran

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

6.0 Membuat Rayuan

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON-Maktrikulasi KPM

Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2009. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.

Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.

Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).

Bagi mengikuti Jurusan Teknikal (M007) :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Catatan :

Pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon Program Matrikulasi.

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM- Program Matrikulasi KPM

a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

  1. 6C Bahasa Melayu
  2. 6C Bahasa Inggeris
  3. 4B Matematik
  4. 6C Matematik Tambahan
  5. 6C Kimia
  6. 6C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
    • * Fizik
    • * Biologi
    • * Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan>

Jurusan Perakaunan (M003)

  1. 6C Bahasa Melayu
  2. 6C Bahasa Inggeris
  3. 6C Matematik
  4. 7D Matematik Tambahan
  5. 6C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
    • * Prinsip Perakaunan
    • * Ekonomi Asas
    • * Keusahawanan
    • * Perdagangan
    • * Sains Tambahan
    • * Fizik
    • * Kimia
    • * Biologi
    • * Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan

Aliran Teknikal (M007)

  1. 6C Bahasa Melayu
  2. 6C Bahasa Inggeris
  3. 4B Matematik
  4. 6C Matematik Tambahan
  5. 6C Kimia
  6. 6C Fizik
  7. 6C Lukisan Kejuruteraan
  8. 6C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
    • * Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau
    • * 4B Teknologi Kejuruteraan

2. Penempatan

Penempatan pelajar akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011 – Dibuka hingga 10 Oktober 2009

Kepada pelajar SPM 2009 Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah dibuka hingga 10 Oktober 2009.

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

>> Klik sini untuk ke Laman Permohonan Online <<

Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja. TuanTulis harapkan semua pelajar dapat manafaatkan peluang ini.

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

CARA MEMOHON, SEMAKAN, TAWARAN DAN RAYUAN