Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

 Cara Membuat Permohonan

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua ( 2 ) cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. (Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja).

2.0 Tarikh Tutup

  1. Tarikh tutup bagi kemasukan sesi 2010/2011 ialah pada 10 Oktober 2009.
  2. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

3.0 Semakan Permohonan & Membetulkan Maklumat

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

4.0 Semakan Keputusan Permohonan

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

5.0 Surat Tawaran dan Pendaftaran

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

6.0 Membuat Rayuan

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: