Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

BAB 1–> Pengenalan

Sejarah awal perakaunan dijejaki ke zaman awal pertanian dan tamadun manusia (orang Sumeria di Mesopotamia), sewaktu tercetusnya buat julung kalinya keperluan mengekalkan catatan tepat mengenai kuantiti dan nilai relatif hasil pertanian.

Seni perakaunan yang berdasarkan sistem matematik logik (sistem catatan bergu) barangkali telah difahami orang di Itali sebelum tahun 1495, sewaktu Luca Pacioli (1445 – 1517), juga dikenali sebagai Friar Luca dal Borgo, menerbitkan kaedah perakaunannya di Venice.

Buku ilmu perakaunan bahasa Inggeris yang tertua pernah diketahui diterbit di London oleh John Gouge @ Gough pada tahun 1543. Buku ini dikenali sebagai A Profitable Treatyce called the Instrument or Boke to learn to knowe the good order of the kepyng of the famouse reconynge, called in Latin, Dare and Habere, and, in English, Debitor and Creditor (Karangan yang menguntungkan bergelar alatan atau buku untuk belajar mengetahui susunan baik penyimpanan pihak yang dikenali, iaitu penghutang dan pemiutang).

Buku kecil panduan perakaunan telah diterbitkan pada tahun 1588 oleh John Mellis dari Southwark, di mana beliau berkata, “Akulah yang memperbaharui dan membangkitkan semula sesuatu catatan lama yang dicetak di sini di London pada 14 Ogos 1543: dikumpul, diterbit, dibuat dan dikemukakan oleh seseorang bernama Hugh Oldcastle, Scholemaster, yang, menurut catatannya, kemudian mengajar aritmetik, maka adanya buku ini di Lorong Marko, mukim Santo Ollaves.” John Mellis merujuk kepada fakta bahawa prinsip perakaunan yang dijelaskannya (yang merupakan sistem catatan bergu) ialah bentuk “selepas bentuk Venice”.

Buku yang digelar The Merchants Mirrour, or directions for the perfect ordering and keeping of his accounts formed by way of Debitor and Creditor (Cermin Saudagar, atau panduan bagi penyusunan dan penyimpanan akaun suadarar yang sempurna mengikut kaedah Penghutang dan Pemiutang), bersempena (yang kononnya) kaedah Itali, oleh Richard Dafforne, seorang akauntan, diterbitkan pada tahun 1635, mengandungi banyak rujukan kepada karya-karya yang lebih terdahulu mengenai sains perakaunan. Salam satu bab buku ini, bertajuk “Opinion of Book-keeping’s Antiquity” (Pandangan Antikuiti Penyimpanan Akaun) pengarang menyatakan, dengan kebenaran seorang penulis yang lain, bahawa sungguhpun bentuk perakaunan yang dirujuk dalam buku ini ketika itu telah dipakai di Itali selama dua ratus tahun, namun kaedah yang sama atau amat serupa pernah dipakai sewaktu zaman Julius Caesar di Rom purba (“but that the same, or one in many parts very like this, was used in the time of Julius Caesar, and in Rome long before.”)

Seorang pengarang Belanda tampil untuk mencadangkan bahawa sistem catatan bergu wujud ketika zaman Yunani purba, merujuk kepada perakaunan saintifik yang sudah lebih lama dicipta daripada yang disangkakan.

Terdapat beberapa edisi buku Dafforne yang pernah dicetak—edisi kedua pernah diterbit pada tahun 1636, edisi ketiga pada tahun 1656, dan keempat pada tahun 1684. Buku ini merupakan karangan yang paling lengkap dalam perakaunan saintifik, dengan penjelasan terperincinya; edisi-edisi yang berbeza ini sering membuktikan bahawa sains ini banyak dihargai pada abad ke-17. Sejak itu terdapat bekalan yang berterusan bagi hasil sastera dalam subjek ini, kebanyakan pengarangnya menggayakan diri mereka sebagai akauntan dan guru jurusan ini, maka terbuktilah bahawa akauntan profesional dikenali dan diupah.

Pada awal abad ke-18, perkhidmatan akauntan di kota London digunakan dalam penyiasatan urus niaga seorang pengarah South Sea Company, yang telah lama berurusan dengan saham syarikat. Ketika penyiasatan inilah adalah kelihatan bahwa akauntannya telah menyemak catatan akaun sekurang-kurangya dua firma saudagar. Laporannya dikenali sebagai Observations (Pemerhatian) dihasilkan dengan penyemakan catatan Sawbridge and Company, oleh Charles Snell, Writing Master and Accountant di Foster Lane, London. England mereka konsep Akauntan Berpiagam (Chartered Accountant) pada abad ke-19, yang kemudiannya dipeluk oleh Amerika Syarikat dengan gelaran Akautan Awam Sah (Certified Public Accountant).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: