Konsep Perakaunan

1. Berterusan
2. Pemadanan
3. Ketekalan
4. Materialiti
5. Entiti Berasingan
6. Wang Sebagai Ukuran
7. Tempoh Perakaunan
8. Kos Sejarah
9. Prinsip Catatan Bergu

1. BERTERUSAN

· Perakaunan mengandaikan bahawa perniagaan akan terus berjalan untuk suatu tempoh yang sangat lama
· Aset perniagaan akan terus digunakan untuk menghasilkan pendapatan bagi perniagaan itu.

2. PEMADANAN

* Untuk menentukan untung bersih bagi sesuatu tempoh perakaunan, jumlah belanja bagi tempoh itu ditolak daripada hasil yang diperoleh dalam tempoh itu
* Segala belanja dan pendapatan terakru bagi tempoh berkenaan diambil kira semasa mencari untung atau rugi semasa walaupun wang belum dibayar atau diterima kerana ia merupakan urusniaga bagi tempoh perakaunan tersebut
* Segala belanja dan pendapatan terdahulu bagi urusniaga tempoh perakaunan akan dating (walaupun wang sudah dibayar atau diterima) tidak dianggap sebagai belanja atau pendapatan bagi tempoh perakaunan semasa.

3. KETEKALAN

* Konsep ini menekankan kepentingan mengamalkan kaedah merekodkan butiran dalam akaun-akaun secara konsisten.
* Kaedah yang sesuai perlu dipilih bagi memberikan gambaran paling adil tentang aktiviti perniagaan.

4. MATERIALITI
* Dalam perakaunan, perbelanjaan perniagaan boleh bersifat kebendaan atau bukan kebendaan.
* Soal butiran yang manakah berbentuk kebendaan dan bukan kebendaan bergantung kepada kebijaksanaan membuat pertimbangan dan keadaan-keadaan yang tertentu.
* Tidak ada undang-undang yang menetapkan perkara ini.

5. ENTITI BERASINGAN
* Sesebuah perniagaan itu wujud sebagai satu entity atau unit yang berasingan daripada pemiliknya.
* Rekod perakaunan hanya merekod urusniaga perniagaan. Urusniaga peribadi pemiliknya tidak direkodkan kerana tiada kaitan dengan perniagaan.
* Tujuan memisahkan entity perniagaan daripada pemiliknya adalah untuk membezakan urusniaga perniagaan daripada urusniaga peribadi.

6. WANG SEBAGAI UKURAN

* Perakaunan hanya melibatkan urusniaga yang dapat dinilaikan dalam bentuk wang.
* Tujuan adalah untuk mendapatkan ukuran yang seragam supaya perbandingan dapat dibuat.

7. TEMPOH PERAKAUNAN
* Tempoh perakaunan ialah jangka masa perakaunan atau jangka masa perniagaan yang telah ditetapkan oleh syarikat supaya dapat mengetahui prestasi perniagaan dari semasa ke semasa.
* Tempoh perakaunan adalah sama dan tetap bagi sesebuah perniagaan iaitu boleh terdiri daripada 1 tahun, setengah tahun, suku tahun atau satu bulan.

8. KOS SEJARAH

* Ia bermaksud urusniaga direkodkan mengikut nilai yang sebenar, iaitu berasaskan kos belian pada tarikh belian dilakukan.
* Kos ini dikekalkan dalam rekod perakaunan dan sebarang perubahan harga tidak mempengaruhi rekod yang telah dibuat.

9. PRINSIP CATATAN BERGU
* Setiap urusniaga melibatkan 2 catatan iaitu satu akaun didebitkan dan satu akaun dikreditkan.
* Jumlah yang didebitkan mestilah sama dengan jumlah yang dikreditkan.

  1. Februari 3, 2009 at 9:03 am | #1

    terima kasih bagi penerangan yang padat dan bernas.

  2. ira 91
    Jun 12, 2009 at 3:44 am | #2

    good explaination…sesuai untuk pelajar…

  3. Jun 22, 2010 at 4:12 pm | #3

    sooo good yoooooo
    mengingatkan aku kepada zaman persekolahan

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: