Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

SMK LUI BARAT

BubbleShare: Share photosCraft Ideas

SEJARAH SEKOLAH

D

ibuka pada 2hb Januari 1987. Pada asalnya menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Hitam. Ketika itu, hanya terdapat 4 buah kelas yang menampung 125 orang pelajar. Pengetuanya ialah Tn Haji Azmi bin Zainal dan dibantu oleh 10 orang guru dan seorang kerani.

Pada 21hb April 1987, semua pelajar dan guru-guru telah berpindah ke sekolah baru sekarang. Sekolah ini dilengkapi dengan 2 bangunan yang mengandungi 19 buah bilik darjah. Blok A menempatkan bilik pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik ERT/jahitan, bilik koperasi dan 5 buah bilik darjah. Manakala Blok B terdapat 5 buah bilik darjah dan sebuah bilik gerakan.

Pada tahun 1990, sebuah blok 2 tingkat yang mengandungi 11 buah kelas yang boleh menampung seramai 420 orang pelajar telah dibina. Pada 22 hb Ogos 1994, SMK Lui Barat telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim , Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dalam rangka lawatannya ke Negeri Sembilan.

Kini SMKLB memberikan pendidikan menengah bagi pelajar-pelajar kawasan Lui. Iaitu dari Kg Sg. Lui, Felda Lui Timur, Felda Lui Muda, Felda Lui Selatan, Felda Lui Barat , Felcra Air Hitam dan Kg.Air Hitam.

Pada tahun 2000, projek meningkatkan infrastruktur sekolah seperti 2 blok apartment , rumah guru, asrama, makmal sains, surau dan bangunan tambahan telah diperolehi dari kerajaan. Kini, SMK Lui Barat mempunyai 6 blok bangunan, bangunan asrama dan kemudahan-kemudahan lain yang dapat digunakan sepenuhnya mulai bulan Januari 2002.

Semenjak ditubuhkan, SMK Lui Barat telah ditadbir oleh :

1. Tn Hj. Azmi bin Hj Zainal ( 1hb Jan 1987 – Nov ,1990)

2. En. Amir Sharifuddin bin Ahmad (1 Dis 1990 – Feb,1992)

3. Tn. Hj. Misan bin Mastor (Feb 1992 – Ogos 1994)

4. Pn. Siti Aisyah bt. Salleh (Ogos 1994 – Sept 1994)

5. En. Zakaria b. Mohd Zin (Sept 1994 – Nov 1995)6. Tn Hj. Che Wan bin Ahmad (Dis.1995 – Mei 1999)

7. Pn. Hjh Zaidah bt Mohamed ( Mei 1999 – 31 Nov. 2000)

8.  Pn Junaidah bt Ibrahim (1 Dis. 2000 – 28 Feb 2003 )

9. Tn. Hj. Amir Sharifuddin B. Ahmad (2 Mei 2003 – 2007 )

10. Pn Hjh Maimon Abdullah                 (2007-sekarang)

Comments on: "SMK LUI BARAT" (31)

  1. Salam Pertemuan ,kembalinya anda didik SMK LUI BARAT ..mungkin aku dah lupa bagaimana rupamu sekarang. Tapi disinilah aku mula kenal dunia luar dan wujudnya aku sekarang oleh jasa-jasa guru-guru ku yang setia. Terima kasih semua. Sekarang Nazir95@Mohd Nazir 2009.

    http://www.niagawang.com/

  2. Salam..
    ha.ha sempat lagi buat iklan…
    alumni smklb nak berforum disini
    https://mivec.wordpress.com/smk-lui-barat/smklbedunetmy/

  3. Kalu nak buk duit jom kito pakat semua dok pegi web page den…kah kkaaa.

    mano dio cikgu-cikgu SMLBK, dok diam jo..x tau pakai komputer ko..meh cini kita berforum.

    Nak cerito cikit ni..cikgu-cikgu sekelian raso APO KTO NAK BUEK KAT ISRAEL NI? bangso dio ni dogel bona…sajo cerito ni..

  4. kpl abdul rahman mohamad said:

    haiii…salam…sy rahman bekas pelajar smklb..masih kenalkah sy pelajar kelas 5 cempaka..yang hensem lg macho…kahakahkah…k lah apa pun selamat berjaya di dalam hidup

  5. Kpl abdul rahman mohamad (army) said:

    mana dia cikgu salleh, cikgu mamat, cikgu shahrin, cikgu halim…byk lah nak sebut satu2 x cukup colum…lama x berita….

  6. Salam.. semua cikgu tu ada lagi.. kecuali ckg shahrin dh pindah sek. SPM tahu bila ye…

  7. mariam ibrahim said:

    apakhabar semua guru -guru smklb semua terima kasih atas didikan anda saya telah berjaya
    menjadi Pegawai bahagian credit .

  8. Alhamdullilah.. semua baik.
    Maaf Boleh saya tahu, Mariam SPM tahun bila?

  9. roslina ibrahim said:

    assalamualaikum… hai semua…. apa kbr semua guru smklb. cikgu anita (form tacher 5a 2006) cikgu azra (guru it) cikgu shahrin(guru krs) sampai sekarang saya masih di politeknik perlis amk it. lepas ni nk smbg dlm it jgk.. thanks cikgu azra cz buka mate sy dlm it field. miss guna,i miss u

  10. roslina ibrahim said:

    assalamualaikum… hai semua…. apa kbr semua guru smklb. cikgu anita (form tacher 5a 2006) cikgu azra (guru it) cikgu shahrin(guru krs) la ni saya masih di politeknik perlis amk it. lepas ni nk smbg dlm it jgk.. thanks cikgu azra cz buka mate sy dlm it field. miss guna,i miss u

  11. salam..rindu kat sekolah tu…saya bekas pelajar smklb 1997-2001

  12. salam…

    Melihatkan senarai pengetua yang bersilih ganti… rupa2 nya Tn Hj. Amir Sharifuddin b. Ahmad pernah kembali berkhidmat di sekolah ini…

    Teringat kenangan masa mula2 masuk sekolah ni… saya ni berpindah sekolah yang ketiga di SMLB… first Sek Men Dato Abdullah, Astana Raja.. Second.. Sek Men Batu Kikir…

    Last2.. saya mohon masuk SMLB… Tn Hj Amir Sharifudin pesan kat saya mase tu… ” lepas ni jangan pindah sekolah lagi ye”…. dan dia tanya saya kelas mana yang saya nak masuk… dengan confident saya jawab… 1 seroja (kalau tak salah)…

    sesungguh nya, cikgu2 sekalian adalah ibu-bapa kedua kami…

    rindu semua.. guru2 dan rakan2… terutama yang pernah bersama tahun 1990-1996… 5 anggerik 1996…

    tak ade re-union ke ?

  13. salam buat warga SMLB….

    Tahniah dengan wadah yang baru….saya xs2dent SMLB taun93-97…..masih di ingatan buat guru2 yang masih lagi mendidik anak bangsa di SMLB ustaz Mamat hasan guru tasawur islam kelas 5 dahlia….alhamdulillah kini saya telah pun menjawat jawatan pegawai penilai latihan vokasional di SEGi College dalam bidang Artis Multimedia… Chaiyok SMLB seiring kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa yang berkualiti….

  14. tahniah diucapkan pada SMKLB……,
    tahniah dah ader website dah 2 yang x tahan 2……
    saya X-s2dent SMKLB taun 1993-1997 (Tingkatan 5 Dahlia) rindu dkat u all sume terutamanya haniza,hadifah,hawa,juliana n yang lain…
    tak dilupakan untuk tenaga pengajar SMKLB terutamanya ustaz mamat cikgu tassawur islam kami…wah ustaz skung tak tahan no…..
    terima kasih sume.
    saya kini telah menjawat jawatan sebagai pegawai penilai latihan vokasional di SEGi College seri kembangan,serdang dalam bidang Multimedia….Syukur amin….
    berkat didikan warga2 pendidik SMKLB…
    Chaiyok2….

  15. Salam…

    Minta pertolongan dan jasa baik sesiapa yang drop-by di blog ini…

    Saya dalam usaha untuk mendapatkan contact number Ustaz Mamat bin Hj. Hassan… dulu dia ajar saya Tasawwur Islam… masa di tingkatan 4 & 5… if he’s still in SMKLB…

    Perhaps.. his email address or.. phone number… he is one of my favourite teacher… he’s a bit strict.. but, pengajaran nya menjadikan saya seorang pekerja muslim… yang inshaAllah… sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.. ameen…

    Kindly please send an email to me at ami003us@gmail.com

    Salam Ukhuwah Buat Semua… !

  16. Salam ukhwah,
    Terima kasih singgah diblog ini.. Ust Mamat juga adalah guru tingkatan 5A (1994) saya dahulu.. dan sekarang saya mengajar bersama-sama beliau di SMKLB…cukup bertuah dapat menyumbang sesuatu disekolah yang pernah mendidik saya. Bagi sesiapa yang ingin menghubungi guru-guru di SMKLB boleh la guna no tel sekolah 06-4676300.

  17. seronok bila dah ader halaman yang spt ni.terimbau kembali maser kiter masih lagi di SMLB.

  18. IsHaK MoHaMaD said:

    Hallo sMkLb,pe kabo kwn2 ku.jemi,sepul,poji,pjot,nas,ayai,bado,nonok,ina,zura,shark,anim,farhan,erman & ramai lg.kpd cikgu2 yg telah ajo sy kt sne lu time kasih la yek,ckgu anita,azra,razak,zaini & ramai lg.smoge roh arwah zul & john d cucuri rahmat,kwn2 yg lain smoge ati2 k.jgn lupekan aku lak…wasalam

  19. sya rindu ar kt dak sana ….i love u all!!!!!!!!

  20. IsHaK MoHaMaD said:

    salam..roslina ibrahim,mane ko pergi???lame xdgr cite,ar buat cikgu Anita Ali sy wakil bekas plajar 5A_2006 ingin mngucapkn selamat hari lahir yg ke-30+++.smoga d pnjangkn umo n d murahkn rzeki,kami akan kenang jasamu khusus & umum cikgu2 d SMKLB.wasalam…

  21. ak nie x pernah skola kt Lui Barat..tp ak dlu ddk kt lui selatan…rndu kenangan kt sane….
    xde ke kwn2 dr lui selatan batch pmr07, spm09???

  22. sjn azhar said:

    saya pelajar smflb dari tahun 1988-1992 terima kasih kepada gurux ditahun tsb.jasamu dikenanag selalu.

  23. mohd iswandy said:

    salam..saya pelajar spm 1997..saya nk cr cikgu2 yg mengajar saya di kelas 5cempaka..

  24. mohd iswandy said:

    mohd iswandy :

    ejafaeza :salam buat warga SMLB….Tahniah dengan wadah yang baru….saya xs2dent SMLB taun93-97…..masih di ingatan buat guru2 yang masih lagi mendidik anak bangsa di SMLB ustaz Mamat hasan guru tasawur islam kelas 5 dahlia….alhamdulillah kini saya telah pun menjawat jawatan pegawai penilai latihan vokasional di SEGi College dalam bidang Artis Multimedia… Chaiyok SMLB seiring kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa yang berkualiti….

    ingat akiu lagi x??kalau kau ingat,kau bleh add aku kat facebook..ramai bdk2 kita kat cna..

  25. fatimah umar said:

    rumah saya belakang jer sekolah… sekali sekala balik kampung melihat SMLB yang dah tersergam indah. Tima kasih guru-guru yang pernah mendidik dan rakan sekolah yang memberi kenangan terindah dalam hidup…
    ‘berilmu’ ‘beriman’ beramal’ kata hikmat sekolah kita…
    Rindunya ……
    Kat Cikgu Norati, Ust Abdullah, Ust Mamat, Cikgu Bibah, and semua cikgu2

  26. salam…
    saya exstudent smklb.spm 2001..rasanya kami antara batch yang bertuah kerana dapat melihat perubahan smlb…bermula dari sesi petang yang memenatkan…kemudian 1999 sesi pagi,dari sekolah tidak beberapa blok bangunan kini dah banyak yang terpacak…harap2 rumput kat padang pun dah banyak berubah…dulu penuh batu dan berdebu…terima kasih kepada cikgu dan warga smlb..tq cikgu Rosli jusoh,ustaz mamat,pn maria selaku guru kaunseling,cikgu wahida(BM)ustazah Norita(PI),cikgu Muazir(pseni),cikgu kamarul(seni),Cikgu Rohaida(math)..Cikgu Suzalin…dan ramai lagi…terima kasih kerana sudi mendidik kami budak2 kampung…..alhamdulillah,ramai dah yang berjaya..

  27. shAir89 said:

    as’kum pd sUme warga smklb…byk kenangan kt sne..dlu…

  28. shAir89 said:

    apepun harap,sMklb terus maju dlm ap jua bidang…n time ksh kpd cikgu anita,cikgu asmah,cikgu yus,n cikgu razi…sudi aja sy dlu walaupun dogil ckt..haha..

  29. mohamad rahmat said:

    assalamualaikum warga smklb dahulu dan skang….

    terima kasih buat guru-guruku “kau ibarat lilin yang menyinari hidup orng lain meskipun kau terbakar tapi kau tetap merelakanya”… guruku ketahuilah olehmu walaupun pelajarmu nakal dan lalai tetapi mereka x tahu apa akibatnya nanti… oleh teruskanlh mencurahkan ilmu pada mereka….dan sayangilah mereka

    salam rindu buat pelajar 5 kenanga (SPM 1998)kenangan bersama kalian adalah yang terindah. Buat cikgu rohaida, thanks coz byk nasihatkan saya. Buat allahyarham ustazah khatijah semoga rohmu dicucuri rahmat dan kepada semua guru-guru yang x jemu-jemu dlm mendidik kami walaupun kami tau kelas 5k memang top…………..
    jasamu dikenang selagi hayat dikandung badan.

  30. wizana jaafar said:

    rindu nak kembali ke sekolah,jumpa guru2 &rakan2 seperjuangan

  31. hamizah arbaei said:

    hai mariam x sangka tul kt cni sy leh cari awak..time2 kite skola lu mmg best gilerr coz kita second batch kt skola tu..rmi ckgu2 n kwn2 yg kita x tau mana diorg p..tp pling best is our class kn..mmg happenning sgt2..hope kita leh bersatu kembali n wat reunion..for my loving maths teacher mr teoh, b.i teacher ckgu fadzilla, ustaz dolla,n to all of teachers yg pernah mengajar sy thanx a lots sebb anda semua sy berjaya dlm hidup..dulu saya aktif dalam sukan..nw saya n hsbnd menjlnkn perniagaan sendiri..yang paling saya ingati cikgu teoh walaupun ckgu garang tp besttt. tlg contact saya melalui email lau terbaca msg sy ni k..miss u all..tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: