Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Posts tagged ‘Add new tag’

Malaysia Public Holidays 2009 Calendar. Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2009. Now with Malaysia and Singapore School Holiday

down Untuk Kalendar persekolahan di Malaysia klik DIATAS

Untuk Cuti Umum dan Negeri-Negeri yang ada di  Malaysia dan  Singapore ni, klik aje link dibawah

down

Catatan Pelarasan


Catatan pelarasan

Catatan pelarasan bertujuan untuk menentukan semua maklumat berkaitan sesuatu tempoh perakaunan hanya mengambil kira urus niaga bagi tempoh tersebut. Ini bermakna sekiranya maklumat mengenai urus niaga tempoh perakaunan hadapan telah diambil kira, jumlah berkaitan urus niaga tempoh perakaunan akan datang perlu ditolak. Urus niaga tempoh semasa tetapi yang masih belum diambil kira pula perlu dicampurkan. Urus niaga tempoh hadapan dan semasa yang terlibat terdiri daripada :

  • Hasil tempoh semasa yang mana bayarannya belum diterima (hasil terakru/belum terima)
  • Hasil tempoh hadapan yang mana bayarannya telah diterima terdahulu dalam tempoh semasa (hasil belum peroleh)
  • Belanja tempoh hadapan yang mana bayaran telah dibuat dalam tempoh semasa (prabayar) dan
  • Belanja tempoh semasa tetapi bayarannya belum dibuat (belanja terakru)

Selain daripada kategori urus niaga di atas, terdapat kategori urus niaga lain yang memerlukan catatan pelarasan. Maklumat urus niaga jenis ini tidak terkandung dalam dokumen punca yang melibatkan entiti luar seperti jualan, belian dan sebagainya. Urus niaga yang dimaksudkan ialah caj susut nilai, peruntukan hutang ragu serta proses membawa masuk nilai terkini stok akhir.

Catatan pelarasan bagi jenis urus niaga yang sebutkan di atas (kecuali stok akhir) diperlukan kerana mematuhi konsep perakaunan asas akruan, pemadanan dan jangka masa perakaunan.

Catatan pelarasan dibuat melalui jurnal am dan perlu dipindahkan ke akaun-akaun yang terlibat dalam lejar sebelum imbangan duga disediakan. Sedikit penjelasan diberikan di bawah berkaitan catatan pelarasan urus niaga tertentu. Perbincangan tentang peruntukan susut nilai terkumpul dan peruntukan hutang ragu diberikan dalam Modul Isu Perbincangan Khas.

Hasil belum terima/terakru (receivables)
Hasil belum terima adalah hasil yang diperolehi dalam sesuatu tempoh perakaunan tetapi tunai belum diterima.
Ia adalah sejenis aset semasa.

Contoh

Perniagaan Samad diberi komisyen sebanyak RM2 untuk setiap unit jualan yang dibuat. Dalam bulan Disember X1, perniagaan telah menjual 500 unit. Komisyen belum terima pada 31hb Disember X1 berjumlah RM1000. Pada 31hb Disember X1, pelarasan perlu dibuat dengan mendebitkan akaun hasil komisyen terakru dan mengkreditkan akaun hasil komisyen.

Hasil terima dulu/hasil belum terperoleh (unearned revenue)
Hasil terdahulu atau terima dulu ialah hasil yang diperoleh untuk tempoh perakaunan yang akan datang tetapi tunai telah diterima dalam tempoh perakaunan semasa. Ia adalah sejenis liabiliti semasa.

Contoh

Pada 22 Disember X1, Perniagaan Samad menerima tunai sebanyak RM500 untuk perkhidmatan yang akan diberikan dalam bulan Januari X2. Pelarasan perlu dibuat untuk hasil terima dulu pada 31 Disember X1. Pada 22 Disember X1 sewaktu tunai diterima akaun hasil sepatutnya telah dikreditkan dan tunai didebitkan. Catatan pelarasan perlu dibuat dengan mendebitkan akaun hasil dan mengkreditkan akaun hasil terima dulu.

Belanja terdahulu/prabayar (prepayments)
Belanja terdahulu adalah belanja yang dibuat untuk tempoh akan datang tetapi bayarannya telah dijelaskan dalam tempoh perakaunan semasa. Belanja terdahulu adalah sejenis aset semasa. Belanja terdahulu perlu ditolak daripada belanja yang telah dibayar supaya belanja yang dilaporkan dalam penyata pendapatan menggambarkan belanja yang sebenarnya.

Contoh

Pada 1hb Oktober X1, Perniagaan Samad telah membayar premium insurans sebanyak RM600 untuk tempoh setahun. Pada tarikh itu akaun belanja insurans perlu didebitkan sebanyak RM600 dan tunai/bank dikreditkan. Pada 31hb Disember X1, pelarasan perlu bagi merekodkan insuran bayar dulu sebanyak RM450 (iaitu 9 bulan@ RM50) yang berkait dengan tempoh hadapan. Catatannya ialah debit akaun insuran bayar dahulu, kredit akaun belanja insurans.

Belanja belum bayar/terakru (accrued expenses)
Belanja terakru adalah belanja yang telah dikenakan/dibuat dalam tempoh perakaunan semasa tetapi bayaran belum dijelaskan dalam tempoh perakaunan tersebut.
Konsep urus niaga jenis ini serupa dengan konsep belian secara kredit. Jadi ia adalah sejenis liabiliti semasa.

Contoh

Pada 29hb Disember X1 Perniagaan Samad telah menerima bil elektrik .Jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM178. Bil itu hanya dijelaskan pada 2hb Januari X2. Pada 31 hb Disember X1, pelarasan perlu dibuat untuk belanja elektrik belum bayar. Catatannya ialah debit akaun belanja elektrik dan kredit akaun elektrik belum bayar.

Selain daripada empat jenis catatan pelarasan di atas dan catatan pelarasan bagi peruntukan susut nilai dan peruntukan hutang ragu, satu lagi catatan ialah untuk membawa masuk nilai stok atau inventori akhir bagi perniagaan yang mengamalkan sistem perekodan inventori berkala. Catatan ini mudah sahaja, anda hanya debitkan akaun stok/inventori (akhir) dan kreditkan akaun kos barang dijual (stok akhir). Sekiranya sebelum itu terdapat stok awal yang dibawa dari jangka masa sebelumnya, maka anda perlulah terlebih dahulu debit kos barang dijual (stok awal) dan kredit stok/inventori (awal).

Dalam sistem manual, kebiasaannya, akaun perniagaan ataupun akaun untung rugi digunakan, bukan akaun kos barang dijual (stok/inventori awal dan akhir). Cara ini juga betul. Namun dalam sistem berkomputer bagi sistem inventori berkala, akaun perniagaan atau untung rugi jarang digunakan untuk menunjukkan jumlah bagi item yang dilaporkan. Semua jenis akaun yang dibuka harus dikelaskan secara terperinci mengikut lima jenis akaun berdasarkan penyata di mana akaun tersebut dilaporkan. Di sini, akaun stok/inventori yang dilaporkan dalam kunci kira-kira (kategori aset) perlu dibezakan daripada nilai stok/inventori awal atau akhir yang laporkan dalam formula untuk mencari nilai kos barang dijual dalam penyata pendapatan. Semua akaun yang dilaporkan dalam penyata pendapatan hendaklah dari kategori belanja atau hasil. Nilai stok/inventori awal atau akhir sebenarnya memberi kesan kepada nilai kos barang dijual yang dikira. Sebab itulah akaun kos barang dijual (stok/inventori awal) dan kos barang dijual (stok/inventori akhir) dibuka di bawah kategori kos barang dijual. Demikian juga halnya dengan belian. Oleh kerana belian, pulangan belian dan diskaun belian (jika anda memilih untuk menunjukkan diskaun ini sebagai pengurangan kepada belian) juga memberi kesan kepada kos barang dijual, akaun kos barang dijual (belian) dan sebagainya dibuka.

Strategi Mengejar 1A dalam Prinsip Perakaunan SPM

TIPS GURU
Strategi Mengejar 1A dalam Prinsip Perakaunan SPM

Untuk mengejar 1A, pelajar sudah semestinya sudah menguasai hampir kesemua kemahiran perakaunan dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Bagaimana pula bagi pelajar yang kurang berkemahiran? Di sini cikgu boleh mencadangkan beberapa perkara yang harus dilakukan pelajar walaupun ia tidak menguasai semua kemahiran.

KERTAS 1

1.

Baca dulu semua nota atau buku rujukan sekurang-kurangnya 2 kali. Selepas itu, pelajar buat drilling, iaitu menumpu kepada soalan-soalan objektif (aneka pilihan) dalam mana-mana buku latihan seperti set klon soalan SPM dan sebagainya. Pastikan juga pelajar melakukan aktiviti itu mengikut tempoh masa sebenar iaitu 1 jam 15 minit. Selepas tamat sesi menjawab Kertas 1, semak jawapan sendiri dan kenal pasti soalan mana yang salah dan buat semakan dalam buku teks/rujukan untuk mengetahui jawapan sebenar. Pada sesi lain, jawab set 2 dan lakukan perkara yang sama. Sesi seterusnya, jangan jawab set 3, sebaliknya jawab set 1. Tujuannya ialah untuk menguji sama ada pelajar telah mengingati atau tidak kesalahan yang lalu dan sama ada telah mahir kaedah jawapan yang betul.
Untuk memperoleh 1A, sebaiknya pelajar dapat mengumpul sekurang-kurangnya 25 soalan betul dari 40 soalan. Ini bermakna anda telah megumpul 25/120 markah. Sudah tentu lebih baik lagi jika, dapat markah penuh, iaitu 40/40!

KERTAS 2 (penting kepada penggemar 1A)

2.

Soalan 1, yang lebih dikenali sebagai soalan ‘kitaran perakaunan’ menjanjikan markah terbesar, 28-30 markah. Untuk 1A sudah tentu pelajar mesti menguasai simpan kira. Simpan kira? Ya, pelajar-pelajar, sebenarnya soalan 1 masih lagi menguji kemahiran simpan kira pelajar SPM. Simpan kira sebenarnya mudah, ianya cuma menguji keupayaan pelajar membuat catatan di dalam Buku Catatan Pertama (selalunya 8-10 markah), kemudiannya mengepos ke lejar (10-14 markah), dan akhir sekali menyenaraikan akaun-akaun di dalam imbangan duga (8-10 markah). Berikan penumpuan kepada Buku Catatan Pertama terlebih dahulu terutamanya bagaimana menyediakan Buku Tunai. Jurnal-jurna am selalunya menghadiahkan 3 markah, disusuli Jurnal khas seperti Jurnal Belian (1-1.5 markah), Jurnal Jualan (1-1.5 markah), dan kadang kala Jurnal Pulangan Jualan atau Jurnal Pulangan Belian (1 markah). Buku Tunai adalah terpenting kerana menghadiahkan 5-7 markah.

Kemahiran Lejar agak terhad pengujiannya. Peringkat SPM tidak mewajibkan pelajar menyediakan Buku Lejar Khas. Pengimbangan akaun juga tidak dimestikan, malahan tiada markah. Oleh itu, pelajar-pelajar sederhana juga boleh mencapai 1A jika dapat menumpukan kepada kemahiran catatan bergu, dan jimatkan masa dengan mengimbangkan akaun-akaun yang mempunyai 2 atau lebih item.

Penyediaan Imbangan Duga tidak memerlukan kemahiran tertinggi, cukup sekadar mengetahui bahawa semua baki akhir semua akaun di dalam buku lejar dan BUKU TUNAI di salin dan disenaraikan mengikut format penyediaan Imbangan Duga. Kepada pelajar-pelajar sederhana, jangan terlalu risau kenapa Imbangan Duga tidak imbang, semak kalau-kalau tertinggal diskaun diterima/diberi, aset dalam catatan pembukaan atau terlupa buku tunai. ID yang seimbang juga tidak menjanjikan ketepatan jawapan, mana tau ada kesilapan tak ketara. Kepada pelajar-pelajar cekap, sudah tentu Imbangan Duga pasti imbang, dan ia menimbulkan kepuasan yang mendalam.

3.

Selepas kemahiran utama di asah untuk soalan 1, pelajar-pelajar bolehlah menumpukan kepada soalan 2, yang selalunya menjanjikan pulangan markah kedua tertinggi, 16-18 markah. Soalan 2 juga mudah diramal, ianya kerap kali akan menyentuh kemahiran:
a. Penyediaan Lembaran kerja
b. Penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira milikan tunggal.
c. Penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira perniagaan perkongsian.

Perkara a. dan b. sebenarnya tersangat mudah diramal. Ianya mesti menguji kemahiran pelajar membuat pelarasan yang berkaitan dengan:
i. belanja belum bayar/terakru atau terlebih bayar/terdahulu, atau
ii. hasil belum diterima/terakru atau hasil terima dahulu/terdahulu, dan
iii. Penyediaan peruntukan hutang ragu, semestinya selepas hutang lapuk ditolak, dan
iv. pengiraan dan pelarasan peruntukan susut nilai aset bukan semasa (1 aset shj) dan belanja susut nilai. dan
v. memasukkan stok akhir, pilih nilai terendah antara kos asal atau nilai pasaran, dan
vi. kadang kala hutang lapuk.

Perkara yang sama juga di uji dalam perkara c. dengan pengujian menumpu kepada akaun pengasingan untung rugi. Pelajar harus mengingat bahawa dalam Akaun PUR, sebelah kredit ialah Faedah atas ambilan, sebelah debit ialah Faedah atas Modal, Gaji Pekongsi, Elaun Pekongsi.

4.

Daripada tips di atas, jika pelajar dapat merealisasikan strategi ini, pelajar telahpun mengumpul markah iaitu 25 + 29 + 18 = 72 markah. Ditukar kepada peratus, 72/120 x 100% = 60 markah. Selalunya ia telahpun meletakkan pelajar dalam keadaan selesa, status kepujian dalam tangan, mungkin 5C, 4C atau lebih tinggi lagi. Persoalan sekarang nak dapatkan 1A, maka perlu sekurang-kurangnya 20 markah. Mana nak dapat sebanyak tu?

5.

Untuk memperoleh 20 markah, pelajar terpaksalah berusaha lebih, iaitu menguasai bab-bab dalam T5 pula. Apa bab yang ingin dikuasai, bergantung kepada persepsi pelajar sendiri. Namun begitu pelajar bolehlah mengkaji analisis agihan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan membuat keputusan yang lebih analitikal. Kepada cikgu, pelajar bolehlah melihat-lihat kalau-kalau belanjawan tunai akan ditanya tahun 2007 ini. Begitu juga dengan akaun kawalan kerana dah lama tidak ditanya.

Nah, cikgu sudahpun mengutarakan tips bagaimana nak mengatur strategi untuk mengumpul markah. Apa yang harus kamu lakukan pula ialah untuk mengatur strategi belajar pula. Apalah maknanya mengetahui soalan yang akan ditanya jika strategi belajar diabaikan. Belajar 15-17 jam seminggu untuk semua subjek mungkin sesuai untuk pelajar. Darinya, sediakan sekurang-kurangnya 1-3 jam seminggu untuk memantapkan kemahiran anda.

sumber: Sifu2b

Buku Catatan Pertama

ULANG KAJI CEPAT UNTUK SPM
Dokumen Perniagaan dan catatan ke BCP

Jenis dokumen

Salinan/
Asal

Butir

Catatan bergu

Buku catatan pertama

Akaun didebitkan

Akaun dikreditkan

Invois

Salinan

Barang

Jurnal Jualan

Penghutang

Aset

Jurnal Am

Penghutang

Aset

Asal

Barang

Jurnal Belian

Pemiutang

Aset

Jurnal Am

Aset

Pemiutang

Bil Tunai atau Jualan Tunai

Salinan

Barang

Buku Tunai

Tunai/Bank

Jualan

Asal

Barang

Buku Tunai

Belian

Tunai/Bank

Aset

Buku Tunai

Aset

Tunai/Bank

Belanja

Buku Tunai

Belanja

Tunai/Bank

Nota Kredit

Salinan

Barang

Jurnal Pulangan Jualan/ Masuk

Penghutang

Aset

Jurnal Am

Aset

Penghutang

Asal

Barang

Jurnal Pulangan Belian/ Keluar

Pemiutang

Aset

Jurnal Am

Pemiutang

Aset

Nota Debit

Salinan

Barang

Jurnal Jualan

Penghutang

Pendapatan

Belanja

Jurnal Am

Penghutang

Pendapatan

Asal

Barang

Jurnal Belian

Pemiutang

Belanja

Jurnal Am

Belanja

Pemiutang

Resit

Salinan

Invois

Buku Tunai

Bank/Tunai

Penghutang

Diskaun

Buku Tunai

Diskaun diberi

Penghutang

Barang

Buku Tunai

Bank/Tunai

Jualan

Aset

Buku Tunai

Bank/Tunai

Aset

Asal

Invois

Buku Tunai

Pemiutang

Bank/Tunai

Diskaun

Buku Tunai

Pemiutang

Diskaun diAsal

Barang

Buku Tunai

Belian

Bank/Tunai

Aset

Buku Tunai

Aset

Bank/Tunai

Belanja

Buku Tunai

Belanja

Bank/Tunai

Makluman Debit

Asal

Belanja

Buku Tunai

Belanja

Bank

Makluman Kredit

Asal

Pendapatan

Buku Tunai

Bank

Pendapatan

Keratan Cek

Salinan

Barang

Buku Tunai

Belian

Bank

Invois

Buku Tunai

Pemiutang

Bank

Aset

Buku Tunai

Aset

Bank

Belanja

Buku Tunai

Belanja

Bank

Ambilan

Buku Tunai

Ambilan

Bank

Tunai

Buku Tunai

Bank (k)

Tunai (k)

Baucar Pembayaran

Salinan

Belanja

Buku Tunai

Belanja

Bank/Tunai

Wang tunai Masuk Simpanan/Deposit

Asal

Tunai

Buku Tunai

Bank (k)

Tunai (k)

Slip Daftar Tunai

Salinan

Barang

Buku Tunai

Tunai

Jualan

Asal

Barang

Buku Tunai

Belian

Tunai

Memo*

Modal

Jurnal Am

Aset

Modal

Ambilan

Jurnal Am

Ambilan

Belian

Ambilan

Buku

Ambilan

Tunai

Belanja

Jurnal Am

Pengiklanan

Belian

* Perlu baca butir dengan teliti.

Sumber-Cg rithuwan

VCO 31 POWER EXTRA

VCO31 MENJADIKAN SENJATA SUAMI HEBAT DAN TAHAN LAMA, ISTERI DIJAMIN 100% PUAS…

Bukan cakap bohong, tetapi niat ikhlas untuk menolong..Sesiapa yang memerlukannya saya menjanjikan kepuasan..sesiapa yang rasa tidak layak menggunakannya, saya nasihatkan supaya cuba fikirkan..

Untuk pembelian produk, harga adalah seperti berikut;
Harga seunit: RM40.00 (35ml)
Kos Penghantaran:


Free (semenanjung Malaysia)
RM5 ( Sabah & Sarawak)
RM20 (Singapura dan Brunei)
Kawasan pasaran: Malaysia, Singapura, dan Brunei
Beli sebotol, penghantaran menggunakan Pos Malaysia (5-7 hari bekerja sampai)
Beli 2 botol atau lebih (boleh campur produk), penghantaran menggunakan GDEX expres (2-3 hari bekerja sampai)


Mengapa VCO31 menjadi pilihan setiap pasangan di Malaysia?
Testimoni Pengguna VCO-31

Pengguna 1 : (Minta nama dirahsiakan) : Bujang kahwin Janda; Sepang.
Saya ditakdirkan baru bertemu jodoh (2005) dengan seorang janda. Dalam setiap perhubungan suami isteri, saya sentiasa tewas sebelum isteri menamatkan pusingan pertama. Kini dengan VCO Power 31 Bio-Asli (For Men) saya mampu mengatasinya dengan 3 pusingan berbalas 1. Sehingga kini saya belum pernah tewas lagi.”

Pengguna 2 : (Minta nama dirahsiakan) Status : Sudah berkahwin 12 tahun
” Huuh…………dia terpaksa minta ‘adjourn’ (waktu rehat) sebelum saya menamatkan perlumbaan.”

Pengguna 3 : Dari Kuala Lumpur memaklumkan melalui sms
Marvelous….!. I scored 3-1 last night. Syukur saya bertemu VCO Power 31 Bio-Asli (For Men) “

Pengguna 4 : Guru dari Kuala Selangor.
Wow……..! sampai saya tersandar kedinding….hebat habis “.

Pengguna 5 : Juruteknik dari Kuala Lumpur
” Isteri saya selalu pesan …….Bang……jangan lupa minyak Power Rangers.” (VCO Power 31 Bio-Asli (For Men)

Pengguna 6 : Paramugari dari Subang Jaya (melalui e-mail)

I always have wonderful Sunday…….dia seakan tidak mahu mendarat . Terima kasih VCO Power 31 Bio-Asli .

Pengguna 7 : Penyelia Tapak dari Puchong
Heeei…..Beb..!..aku berjaya merentas 3 lautan tanpa henti…lah………….Syabas VCO Power 31 Bio-Asli (For Men)

Pengguna 8 : Jurutera dari Port Dickson
Betul-betul Power…… berasap….! ” (beliau terus memesan 10 botol lagi untuk diperkenalkan pada kawan-kawan.)

Pengguna 9 : Pekerja am Negeri Sembilan
Saya tak pernah cuba, tapi saya bagi kawan saya try. Dia kata memang betul-betul power. Dia dapat bersama isterinya selama lebih 2 jam!! Sekarang dah ramai order..nanti saya bank in duit ok. Saya nak order 10 botol.

Kami menyediakan perkhidmatan pembelian paling ringkas dan cepat. Anda boleh membuat pembelian melalui internet dan perkhidmatan mesej pendek (sms).
Pembelian Melalui Pesanan SMS

Taipkan: <nama>_<alamat>_<kod produk-kuantiti>_<jumlah ringgit>_<masa pembayaran>_<tarikh pembayaran>_<bank yang digunakan>

Contoh: mohd zulkifli_no.32, Jalan Sentosa, 02000 Kuala Perlis_vco31-2unit/vcop-2unit_rm150_08:32:14am_15/11/2007_maybank

Hantar kepada: 019-2097111
Kaedah pembayaran yang diterima ialah; Online Transfer, Kaunter Deposit, ATM deposit dan Pemindahan mesin ATM, Kiriman WanG
MAYBANK 155032319838gHa@ Wang Pos.