Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Posts tagged ‘PPsmi’

Apabila PPSMI dikatakan tidak GAGAL

Saya tidak pernah bersetuju dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulakan pada tahun 2003. Pada saya, ia membunuh keupayaan anak-anak, khususnya anak-anak Melayu untuk menguasai ilmu sains dan matematik.

Kalangan saudara-mara, sahabat handai saya bukan sedikit yang berkerjaya sebagai guru. Dan mereka akui, bahawa penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar masih lemah untuk kita memahatkan Bahasa Inggeris sebagai pengantar sains dan matematik. Apa yang mengejutkan, masalah ini tidak sekadar berlaku di luar bandar atau kawasan pedalaman, sebaliknya turut berlaku di kalangan pelajar-pelajar di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Kata mereka, kadang-kala mereka cukup simpati melihat anak-anak bangsa terkial-kial memahami frasa yang sedia pelik dalam subjek matematik dan sains melalui bahasa Inggeris. Akhirnya, terpaksa juga diajar di dalam Bahasa Melayu, kerana yang paling penting ialah pelajar perlu semakin faham, bukan semakin bebal. (selanjutnya…)