Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Posts tagged ‘SBP’

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TINGKATAN 1 TAHUN 2010

Permohonan ke Sekolah Bersarama Penuh sudah dibuka sehingga 15 Oktober 2009 bagi murid darjah 6 tahun 2009 ini untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster.

Untuk maklumat lanjut boleh Klik Disini

Semakan Online SBP Tingkatan Empat – 30 Januari

Seramai 10,500 lulusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 akan ditawarkan memasuki Tingkatan Empat sekolah berasrama penuh (SBP) Kementerian Pelajaran dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada sesi persekolahan ini.

Mereka adalah calon yang terpilih daripada 64,990 permohonan dan akan mendaftar pada 10 Februari depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, berkata kementerian menerima 48,240 permohonan untuk mengisi 3,661 tempat di SBP tahun ini.

“Semua calon boleh menyemak keputusan online mulai 30 Januari. Jumlah permohonan dan tempat yang ditawarkan meningkat. Tambahan pula, dua SBP baru bakal dibuka tidak lama lagi tetapi ia tidak membabitkan kemasukan pelajar dalam pusingan pertama ini,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, kementerian menerima 92,850 permohonan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu di SBP tahun ini.

Beliau berkata, sebanyak 5,838 tempat kemasukan Tingkatan Satu ditawarkan dan calon yang berjaya terpilih dijadualkan mendaftar 12 Januari ini.

Pertimbangan permohonan berdasarkan empat kriteria utama, iaitu keputusan cemerlang Gred A dalam semua mata pelajaran diambil, pembabitan aktif dalam kokurikulum, latar belakang sosio ekonomi, termasuk pendapatan keluarga calon serta keutamaan kepada calon cemerlang sekolah luar bandar dan pedalaman.

Sumber: kenyataan akhbar 7/1/2009)

SEMAKAN TAWARAN | PERMOHONAN SBP DISINIT4 – 2009 DIUBAH KE – 24 JANUARI

p/sĀ  tuantulis minta maaf kepada semua yang bertanya.. lambat balas.. jadi tuantulis respon pertanyaan kalianĀ  berdasarkan kenyataan akhbar diatas.