Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Posts tagged ‘SEKOLAH’

Permohonan IPTA Lepasan SPM Fasa Dua – 3 Februari

Semua pemohon IPTA lepasan SPM 2008 wajib mengemukakan permohonan Fasa Dua (Pengesahan Permohonan) yang dibuka 3 Februari, 2009.
Iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf serta STPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010 akan disiarkan dalam lapan akhbar perdana pada 1 Februari depan, manakala permohonan melalui aplikasi dalam talian pula dibuka mulai 3 Februari jam 12 tengah hari.

Tarikh tutup permohonan ialah 10 hari bekerja selepas keputusan SPM, STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 diumumkan.

Menurut kenyataan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, 127,958 permohonan Fasa Satu (Pendaftaran Permohonan) bagi kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf diterima sehingga tarikh tutup 31 Disember lalu.

Jadi, semua lepasan SPM/STPM/Setaraf elok beli atau baca suratkhabar 1 Februari depan. Penting! Kemudian bersedia pula untuk 3 Februari

Semakan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Online 10 Febuari 2009

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun, mengumumkan bahawa lebih 250,000 permohonan telah diterima secara online daripada lepasan PMR sehingga semalam. Bilangan ini dijangka meningkat sehingga esok (15/01/09) yang merupakan tarikh tutup permohonan, setelah dibuka sejak 18 Oktober lalu.
Apa yang menariknya, hanya 32,370 tempat sahaja disediakan di 90 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh negara. Jika dianalisa, nampaknya kira-kira 13% pemohon sahaja yang bakal menerima tawaran, dan 87% lagi tetap meneruskan pembelajaran di sekolah asal.
P/s: Tarikh semakan secara talian akan dibuka mulai hari Selasa, 10 Februari, manakala tarikh pendaftaran kemasukan pelajar baru secara serentak di semua SMT pada hari Isnin, 23 Februari, 2009.
Untuk kepastian boleh klik disini.

Semakan Online MRSM Tingkatan Satu & Empat 2009 – Minggu Akhir Januari

Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin berkata, MARA menerima 16,750 permohonan untuk mengisi 6,839 tempat Tingkatan Empat yang disediakan di sebanyak 41 MRSM tahun ini dan mereka boleh menyemak permohonan pada minggu akhir bulan ini.

Bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu di MRSM pula, MARA menerima 25,097 permohonan bagi mengisi 5,330 tempat.

“Tahun ini dua MRSM baru akan dibuka bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu, iaitu MRSM Betong, sarawak; dan MRSM Bentong, Pahang.

“Selain itu, MRSM Kota Putra di Besut, dipilih MRSM Agama pertama melaksanakan konsep Ulul Albab dengan pengambilan pelajar baru Tingkatan Satu pada 19 Februari,” katanya.

(Sumber: Kenyataan akhbar: 7/1/2009)

Semakan Online SBP Tingkatan Empat – 30 Januari

Seramai 10,500 lulusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 akan ditawarkan memasuki Tingkatan Empat sekolah berasrama penuh (SBP) Kementerian Pelajaran dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada sesi persekolahan ini.

Mereka adalah calon yang terpilih daripada 64,990 permohonan dan akan mendaftar pada 10 Februari depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, berkata kementerian menerima 48,240 permohonan untuk mengisi 3,661 tempat di SBP tahun ini.

“Semua calon boleh menyemak keputusan online mulai 30 Januari. Jumlah permohonan dan tempat yang ditawarkan meningkat. Tambahan pula, dua SBP baru bakal dibuka tidak lama lagi tetapi ia tidak membabitkan kemasukan pelajar dalam pusingan pertama ini,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, kementerian menerima 92,850 permohonan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu di SBP tahun ini.

Beliau berkata, sebanyak 5,838 tempat kemasukan Tingkatan Satu ditawarkan dan calon yang berjaya terpilih dijadualkan mendaftar 12 Januari ini.

Pertimbangan permohonan berdasarkan empat kriteria utama, iaitu keputusan cemerlang Gred A dalam semua mata pelajaran diambil, pembabitan aktif dalam kokurikulum, latar belakang sosio ekonomi, termasuk pendapatan keluarga calon serta keutamaan kepada calon cemerlang sekolah luar bandar dan pedalaman.

Sumber: kenyataan akhbar 7/1/2009)

SEMAKAN TAWARAN | PERMOHONAN SBP DISINIT4 – 2009 DIUBAH KE – 24 JANUARI

p/s  tuantulis minta maaf kepada semua yang bertanya.. lambat balas.. jadi tuantulis respon pertanyaan kalian  berdasarkan kenyataan akhbar diatas.

Syarat Kemasukan Ke SBP tahun 2009

upin02KEMASUKAN KE ASRAMA PENUH TAHUN 2009

TuanTulis banyak menerima pertanyaan tentang kemasukan ke SBP tahun 2009 ini. Terima kasih diucapkan. Apapun TuanTulis nak maklumkan bahawa permohonan ke SBP dah TUTUP, yang tinggal sekarang hanyalah semakan permohonan bagi yang telah memohon.

Bagi yang telah terlepas, sepatutnya lebih peka tentang perkara in. Kena rajin rujuk dengan guru kaunseling atau pihak sekolah. Tapi permohonan ke Sekolah Teknik masih dibuka. Apalagi mohon sekarang. Jangan ditangguh lagi. Klik disini untuk permohonan

Bagi yang telah memohon biasa tawaran/panggilan ke mana-mana sekolah dibuat 2 kali. Kalau  tak silap TuanTulis, tawaran ikut urutan:
1. sbp 1st intake – Dis
2. rk / kaa/ smka 1st intake – Dis
3. mrsm 1st intake – Jan
—————————–
4. sbp 2nd intake – Feb/Mac
5. mrsm 2nd intake – Feb/Mac
6. rk / kaa / smka 2nd intake – Mac/April

Yang penting; buat rayuan untuk semua yang tidak dapat. Kalau ‘terdapat’ 2 tawaran, pilih 1 & maklumkan pd pihak lagi satu yg kita tak akan masuk agar beri peluang org lain ganti tempat dengan segera.
PAKEJ MATA PELAJARAN MENGIKUT ALIRAN TINGKATAN 1
ALIRAN SAINS

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Science
Mathematics
Pendidikan Islam / Moral
Sejarah
Geografi
Kemahiran Hidup
ALIRAN AGAMA

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Science
Mathematics
Pendidikan Islam / Moral
Sejarah
Geografi
Kemahiran Hidup
Bahasa Arab ( Komunikasi )
PAKEJ MATA PELAJARAN MENGIKUT ALIRAN TINGKATAN 4

ALIRAN SAINS TULEN

Bahasa Melayu
English 1119
Mathematics
Sejarah
Pendidikan Islam / Moral
Additional Mathematics
Physics
Chemistry
Biology
EST
ALIRAN SAINS AGAMA

Bahasa Melayu
English 1119
Mathematics
Sejarah
Additional Mathematics
Physics
Chemistry
Biology
EST
Bahasa Arab Tinggi
Pendidikan Al-Quran & Sunnah
Pengajian Syariah
ALIRAN AGAMA

Bahasa Melayu
English 1119
Mathematics
Science
Sejarah
Additional Mathematics
Ekonomi Asas
Prinsip Akaun
EST
Bahasa Arab Tinggi
Pendidikan Al-Quran & Sunnah
Pengajian Syariah
ALIRAN SAINS TEKNIKAL

Bahasa Melayu
English 1119
Mathematics
Sejarah
Pendidikan Islam / Moral
Additional Mathematics
Physics
Chemistry
Teknologi Kejuruteraan
Lukisan Kejuruteraan
Biology

SYARAT DAN KRITERIA PEMILIHAN DAN PENEMPATAN PELAJAR
KE TINGKATAN SATU (1) SBP 2009

1.     WARGANEGARA MALAYSIA
Murid yang dicalonkan oleh sekolah mestilah Warganegara Malaysia

2.     MURID SEKOLAH KEBANGSAAN
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja
layak untuk dicalonkan ke SBP

Contoh Angka Giliran UPSR 2008 :
JA 012001

3.    BERMINAT UNTUK KE SBP
Hanya murid yang berminat dan mempunyai kesungguhan untuk                 meneruskan pembelajaran di SBP layak untuk dicalonkan

4.   KELAYAKAN AKADEMIK – UPSR
Untuk layak dipertimbangkan, calon mestilah mencapai keputusan 5A   atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2008.

Calon mesti memperolehi gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

5.    AKTIF DALAM KOKURKULUM

Calon akan diberikan merit berasaskan pencapaian kokurikulum calon di Tahun 4 atau 5 atau 6. Aspek kokurikulum yang dinilai adalah seperti berikut :

1. Kepimpinan
2. Sukan Dan Permainan
3. Kelab dan Persatuan
4. Pakaian Seragam / Unit Beruniform
5. Pencapaian Khas

6.   PENCALONAN DAN PENGESAHAN
Untuk layak dipertimbangkan, murid mestilah :

dicalonkan oleh Jawatankuasa Pencalonan Sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar.

disahkan maklumat pencalonan oleh Jawatankuasa Pengesahan Pencalonan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi WP Kuala Lumpur, Perlis dan WP Labuan ; Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG)

Tarikh Akhir Penghantaran Pencalonan Pelajar Tingkatan 1 ke PPD
pada
18 Sept 2008 (Dah Tutup)

SYARAT DAN KRITERIA PEMILIHAN DAN PENEMPATAN PELAJAR
KE TINGKATAN EMPAT (4) SBP 2009

1   WARGANEGARA MALAYSIA
Permohonan kepada semua Warganegara Malaysia peperiksaan PMR 2008

2   PELAJAR SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN ATAU SEKOLAH   BANTUAN KERAJAAN
Pelajar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja layak untuk memohon kemasukan ke Tingkatan Empat (4) SBP tahun 2009

Contoh Angka Giliran PMR 2008 :
JC 101K001

3.  KELAYAKAN AKADEMIK – PMR
Memenuhi syarat kelayakan minimun akademik berasaskan pencapaian Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun 2008 seperti ketetapan berikut :

Mendapat sekurang-kurangnya Gred A bagi 6 mata pelajaran , tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Asing) seperti Bahasa Arab, Perancis, Jerman, Iban , Jepun, Mandarin, Tamil atau seumpamanya;
Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B bagi matapelajaran yang lain; dan
Untuk ke tingkatan 4 Aliran Sains Agama dan Aliran Agama, calon juga hendaklah memperolehi Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi).

4.    AKTIF DALAM KOKURKULUM
Calon akan diberikan merit berasaskan pencapaian kokurikulum calon di Tingkatan 1, 2 atau 3. Aspek kokurikulum yang dinilai adalah seperti berikut :

Kelab dan Persatuan
Pakaian Seragam / Unit Beruniform
Sukan dan Permainan
Tugas Khas

Permohonan dibuka secara online di alamat http:// http://www.moe.gov.my
mulai
25 September 2008 hingga 23 Oktober 2008  (Dah tutup hanya untuk SEMAKAN SAHAJA)

Semakan Penempatan Guru Sekolah Rendah Lulusan KPLI/Institusi Pendidikan Tempatan

2

Sistem Permohonan Online Ke Sekolah Teknik 2008

3