Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Posts tagged ‘petikan’

Blog hina nabi tidak boleh dibiar

ehsan01 Petikan : Berita Harian

MELAKA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah laman blog yang menyiarkan artikel menghina Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri berkata, perkara itu juga tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana boleh mengancam dan menimbulkan masalah besar di dalam negara, selain menghalang isu itu daripada digunakan pihak tertentu untuk merosakkan perpaduan rakyat Malaysia. (selanjutnya…)

SEMAK SAMAN ONLINE

Petikan: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Nov. — Hanya 24 jam selepas pengumuman Ops Warta 7 bermula Isnin ini bagi memburu 96,000 pesalah trafik yang gagal menjelaskan saman dan dikenakan waran tangkap termasuk mengesan dari rumah ke rumah, polis hari ini mengumumkan penangguhan operasi itu.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum memutuskan tarikh baru operasi itu dan tempoh pelaksanaannya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga kini beliau dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri belum menerima laporan mengenai pelancaran operasi itu daripada Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Yusof.

Sehubungan itu, katanya, penangguhan operasi itu perlu bagi memberi sedikit masa kepada pihaknya untuk mengkaji secara menyeluruh laporan pelaksanaan Ops Warta 7.

“Kita sudah tangguhkan Ops Warta 7 dan bukannya bermula Isnin ini. Kita buat keputusan supaya operasi itu yang diumumkan (oleh Abdul Aziz) semalam, ditangguhkan sehingga saya dan Ketua Polis Negara berbincang terlebih dulu.

p/s  :Tuantulis pun ada satu saman ni…ha.haa. APA LAGI… SIAPA RASA MEREKA ADALAH PEMANDU F1 MALAYSIA..

DAFTAR UNTUK SEMAK SAMAN