Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Perakaunan VS Simpan Kira

1.1  SIMPANKIRA  ialah………..

Satu proses penyediaan  rekod-rekod  urusniaga. Proses  dalam Simpankira melibatkan aktiviti:

  • Mengenalpasti
  • Mengukur
  • Merekod


1.2 PERAKAUNAN ialah………….

Satu  proses menyediakan maklumat mengenai kedudukan  kewangan  dan  hasil kendalian sesebuah entiti untuk  membantu pihak-pihak  yang  berkepentingan membuat keputusan.  Proses dalam  perakaunan  melibatkan  aktiviti:

§  Mengenalpasti

§  Mengukur

§  Merekod

§  Mengkelas

§  Meringkas

§  Mengumpul dan

§  Melaporkan

dan juga

§  Menganalisis

Daripada definisi Simpankira dan Perakaunan di atas, dapat disimpulkan bahawa konsep Simpankira dan Perakaunan sangat berkait rapat dan Simpankira merupakan langkah permulaan dalam proses perakaunan.

Tinggalkan komen