Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Posts tagged ‘SST4 Online’

Permohonan Dan Semakan Dalam Talian ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SST4 Online) Sesi 2009

banner1

ehsan01Sistem Permohonan Dalam Talian ke Tingkatan  4  Sekolah  Berasrama  Penuh  (SST4 Online)  adalah merupakan aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Bahagian Teknologi  Maklumat  dan Komunikasi  dengan  kerjasama Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kluster, Kementerian  Pelajaran  Malaysia. Sistem ini digunakan untuk proses kemasukan maklumat murid-murid Tingkatan 3. Sekolah-sekolah Menengah  Kerajaan  dan  Sekolah-sekolah  Menengah  Bantuan  Kerajaan yang telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sistem ini telah mula dilaksanakan pada Sesi 2003 dengan mengambil Sekolah-sekolah Menengah   Bestari   seluruh   Malaysia   sebagai   projek   perintis.   Lanjutan   daripada kejayaan dalam projek rintis yang telah diadakan pada Sesi 2003, penggunaan SST4 Online  telah  diperluaskan  keseluruh  negeri  Wilayah  Persekutuan  Kuala  Lumpur  dan Labuan pada sesi 2004 dan keseluruh negara pada Sesi 2005. Hasil daripada kejayaan pelaksanaan sistem ini pada sesi 2005, sistem ini telah diteruskan pada sesi 2006, 2007 dan 2008 dengan sedikit pindaan.

Ini pautan ke

Semakan Dalam Talian ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SST4 Online)  Sesi 2009   ( Permohonan dah TUTUP hanya untuk semakan sahaja)###Update===>sudah ditutup sepenuh

p/s    tuantulis mengucapkan tahniah kepada Bahagian Sekolah Asrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia atas kemudahan yang disediakan ini. Harap-harap tiada masalah dari segi akses ke laman tersebut nanti. Maklumlah ramai yang serbu dalam satu-satu masa. Tahniah bagi yang berjaya ke SBP. Bagi yang lain,  SBP bukan penentu sepenuhnya kejayaan anda dalam SPM nanti.. tapi anda!