Laman Informasi Isu Pendidikan Dan Prinsip Perakaunan

Posts tagged ‘Prinsip Perakaunan’

SOALAN PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2009

Pelajar Prinsip Perakaunan  SPM Negeri Sembilan baru sahaja habis menjawab Soalan Percubaan. Disini saya serta bentuk soalan tersebut.

Prinsip Perakaunan N9 Percubaan 2009  Kertas 1      Kertas 2

Buat Duit Dengan File Download
Kaedah Mudah Mendapatkan Sehingga USD$1000 Dengan Hanya Beberapa File Download

Malaysia Public Holidays 2009 Calendar. Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2009. Now with Malaysia and Singapore School Holiday

down Untuk Kalendar persekolahan di Malaysia klik DIATAS

Untuk Cuti Umum dan Negeri-Negeri yang ada di  Malaysia dan  Singapore ni, klik aje link dibawah

down

Peluang kerjaya ACCA lebih luas, pelbagai

ipin01Publication: Berita Harian

$6.00 Welcome Survey After Free Registration!

BAGI pelajar tahun akhir Universiti Putra Malaysia (UPM), Goh Sin Huey,
keputusan melanjutkan pelajaran dalam jurusan perakaunan adalah muktamad,
walaupun pada awalnya bapanya agak ragu dengan keputusannya itu.

Sejak di bangku sekolah lagi, Sin Huey meminati subjek Perakaunan.
Walaupun beliau mengikuti aliran sains tetapi masih menambah subjek
perakaunan dalam senarai subjek yang diambil untuk peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Keputusan itu nyata tepat apabila beliau mendapat markah tertinggi
dalam subjek Perakaunan dan ditawarkan tempat di UPM dalam jurusan
Perakaunan.

Sin Huey berpendapat bahawa perakaunan memang sebati dengan dirinya
apabila selalu mendapat markah tinggi dalam subjek berkenaan.

Beliau yakin dengan bidang ini kerana ia mencakupi skop yang luas.
Kerjaya dalam bidang kewangan dan perakaunan memberi pilihan yang lebih
banyak dan mencakupi pelbagai bidang serta relevan dalam banyak industri
dan perniagaan. (selanjutnya…)

ACCA dapat pengiktirafan seluruh dunia

ipin02Date: 23 Feb 2004
Publication: Berita Harian

PERAKAUNAN adalah ibu segala industri dan perniagaan. Semua jenis perniagaan memerlukan kepakaran dalam bidang kewangan dan perakaunan, menjadikan ia prospek kerjaya yang cerah. Di kalangan pelajar dan pekerja perakaunan, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) iaitu badan perakaunan profesional bukanlah satu nama asing. Malah, kelayakan profesional ini memang dihormati kerana standard dan kualitinya yang sangat tinggi.

$6.00 Welcome Survey After Free Registration!

Untuk menjadi seorang akauntan bertauliah, (selanjutnya…)

KEPERLUAN LATIHAN DAN PENDIDIKAN UNTUK SESEORANG YANG SEDANG MENJALANKAN ATAU BERHASRAT UNTUK MENGAMALKAN PROFESION PERAKAUNAN

upin02Institut diberi kuasa di bawah Akta Akauntan, 1967 untuk menyediakan latihan dan pendidikan kepada para ahli. Objektif Institut dalam menyediakan latihan dan pendidikan adalah untuk memastikan semua ahli dapat membina dan mengekalkan kecekapan profesional yang diperlukan untuk memberi perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan, majikan dan pelbagai pihak yang berkepentingan serta meningkatkan keyakinan awam dalam profesion ini.

*Pendidikan Profesional Berterusan*

Jabatan Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) diamanahkan dengan
tugasan merancang dan menganjur persidangan, seminar dan bengkel kerja latihan berkaitan bidang-bidang profesional dan teknikal serta
peningkatan diri dan kemahiran insaniah untuk para ahli MIA. Jabatan ini
menerima penyertaan daripada bukan ahli dengan yuran program yang lebih tinggi. Objektif utama aktiviti CPE adalah untuk membolehkan para ahli mempelajari dan menguasai skil baru, cekap dan berpengetahuan secara berterusan untuk memastikan mereka mampu menjalankan tanggungjawab dengan standard profesional.
$6.00 Welcome Survey After Free Registration!

Sepanjang tempoh yang dilaporkan, Jabatan CPE telah menganjurkan 451 program yang (selanjutnya…)

PENATARAN FORMAT BARU PRINSIP PERAKAUNAN 2009

Seperti mana yang kita tahu akan berlaku perubahan FORMAT BARU PRINSIP PERAKAUNAN pada tahun 2009. Tuantulis telah dipanggil bermesyuarat bagi tujuan penataran format baru itu bagi Wilayah Selatan dan Tengah.

TEMPAT   :    HOTEL CRYSTAL CROWN, JOHOR BAHRU

TARIKH    :    12 DAN 13 NOVEMBER 2009


Objektif Pentaksiran Prinsip Perakaunan

1. Pengetahuan dan Kefahaman

2. Kemahiran Mengaplikasi

3. Kemahiran Mengorganisasi dan menilai

4. Kemahiran Berkomunikasi

5. Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat

6. Nilai (selanjutnya…)

Koleksi Soalan Percubaan 2008

Buat pelajar 5 Bijaksana dan  5 Arif bolehlah mendownload koleksi soalan percubaan negeri lain

sebagai latihan dan pastikan buat dahulu baru bandingkan dengan skema yang telah disediakan.

Jangan lupa masa ini masa yang paling kritikal untuk anda semua. Jangan BUANG MASA. Lupakan HAL yang

KURANG PENTING… Fokus LEBIH pada soalan-soalan yang menjadi ramalan

Klik disini untuk download

https://mivec.wordpress.com/prinsip-perakaunan/

PERBANDINGAN PEMARKAHAN PRINSIP PERAKAUNAN 2007 DAN 2008

Sumber: Panitia Prinsip Perakaunan Daerah Kerian

Klik disini. Perbandingan permarkahan 2007 dan 2008

MARKAH DIBERI BERDASARKAN KEMAHIRAN YANG DIKUASI OLEH CALON:
Ø Angka kiraan sahaja yang diberi markah
Ø Pengkelasan item dan operasi mesti betul
Ø format penyata kewangan mesti tepat

TABURAN MARKAH TIDAK SERAGAM;   IA DIBERI BERDASARKAN KEMAHIRAN YANG DIUJI.……..
Jadi Apa Komen Anda…

FORMAT BARU PENANDAAN SOALAN 2 PRINSIP PERAKAUNAN SPM

Pada 13hb Ogos Panitia Prinsip Perakuanan Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan telah mengadakan Seminar Kecemerlangan Prinsip Prinsip Perakaunan di SMK Triang Hilir, Jelebu, N9. antara dapatan yang diperolehi yang saya ingin kongsi adalah berkaitan format penandaan pemarkahan soalan 2 bagi soalan Penyata Kewangan Milikan Tunggal.

Diharap dapat membantu guru dan pelajar.

Klik link dibawah.

penyata kewangan peniaga tunggal

Diharap guru-guru lain boleh memberi komen jika ada maklumat lain

Penyata Kewangan

Penyata kewangan

Kandungan dan komponen penyata kewangan akan dibincangkan dalam bahagian selepas ini. Sebagai ringkasan, penyata kewangan terdiri daripada penyata pendapatan, penyata perubahan ekuiti, kunci kira-kira, penyata aliran tunai dan nota serta maklumat lain yang berkaitan.

Penyata Pendapatan
Seperti yang anda sedia maklum, penyata ini menunjukkan ringkasan hasil dan belanja sebuah entiti atau sekumpulan entiti bagi tempoh tertentu. Penyata ini digunakan untuk menilai prestasi perniagaan entiti tersebut.

Nilai untung atau rugi yang diperolehi daripada penyata pendapatan apabila kesemua belanja ditolak daripada hasil akan ditunjukkan di dalam penyata perubahan ekuiti di bahagian untung/perolehan tertahan. Amalan masa kini ialah untuk penyata pendapatan disediakan dalam bentuk laporan tidak lagi dalam bentuk akaun dengan dua bahagian kiri dan kanan seperti T. Antara maklumat dalam penyata pendapatan ialah hasil, kos barang dijual, untung atau rugi kasar, belanja kendalian, pendapatan dan perbelanjaan lain, dan seterusnya untung atau rugi bersih.

Pengiraan untung terbahagi kepada dua iaitu :
Bahagian sehingga untung kasar yang juga dikenali sebagai akaun perdagangan iaitu

Untung/rugi kasar = Jualan – Kos barang dijual

dan bahagian penentuan untung bersih yang juga dikenali sebagai akaun untung rugi iaitu

Untung/rugi bersih = Untung/rugi kasar + Hasil lain-lain – Belanja lain

Untung atau rugi bagi sesuatu tempoh akan memberi kesan kepada kedudukan ekuiti pemilik.

Penyata Perubahan Ekuiti
Dalam penyata ini, modal diasingkan daripada rizab jenis untuk membezakan perubahan kepada ekuiti yang berlaku dalam tempoh pelaporan daripada sumber lain.
Baki untung/perolehan tertahan dari tempoh terdahulu juga ditunjukkan secara berasingan. Untung/pendapatan dalam tahun pelaporan dicampur kepada baki ini. Selain daripada itu sekiranya terdapat ambilan, ambilan ditunjukkan sebagai pengurangan kepada jumlah untung/perolehan tertahan. Sekiranya ambilan melebihi jumlah untung/perolehan, baru perbezaan ditolak daripada jumlah modal. Sekiranya terdapat rizab lain seperti rizab penilaian semula, ini juga akan ditunjukkan di penyata perubahan ekuiti. Baki modal dan rizab (terdiri daripada kedua-dua rizab hasil serta rizab modal) seterusnya menjadi input kepada bahagian ekuiti pemilik dalam penyata kunci kira-kira. Tajuk penyata perubahan ekuiti mengandungi nama organisasi, nama penyata dan tempoh penyata disediakan kunci kira-kira

Kunci Kira-Kira
Penyata ini memberi maklumat tentang kedudukan kewangan organisasi pada satu titik masa tertentu. Penyata ini mencerminkan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada tarikh tertentu. Tajuk kunci kira-kira mengandungi nama organisasi, nama penyata dan tarikh penyata kunci kira-kira disediakan. Ini bermakna maklumat yang ternyata dalam penyata kunci kira-kira adalah untuk satu tarikh tertentu sahaja. Pada tarikh tersebut juga, persamaan perakaunan adalah seimbang.

Pada waktu dahulu, penyata kunci kira-kira sering disediakan dalam bentuk dua bahagian kiri dan kanan iaitu bentuk T. Amalan masa kini ialah untuk menyediakan penyata kunci kira-kira dalam bentuk laporan dengan dua bahagian tetapi secara menurun. Bahagian pertama terdiri daripada aset dan liabiliti semasa. Lazimnya aset bukan semasa disenaraikan di barisan teratas. Peruntukan susut nilai bagi semua akaun aset tetap nyata ditolak daripada aset tetap yang relevan. Ini diikuti oleh aset tetap tidak nyata seperti Pelaburan Jangka Panjang dan Francais. Selepas daripada itu, aset semasa pula disenaraikan dengan akaun kontra Peruntukan Hutang ragu ditolak daripada akaun Penghutang jika relevan. Jumlah liabiliti semasa ditolak daripada jumlah aset semasa untuk memberikan nilai aset semasa bersih atau modal kerja. Jumlah aset semasa bersih dicampur dengan jumlah aset bukan semasa bersih untuk mendapatkan jumlah aset bersih. Bahagian kedua pula lazimnya bermula dengan ekuiti pemilik. Jumlah modal dan rizab dicampur untuk mendapatkan jumlah ekuiti pemilik. Jumlah ini dicampur dengan jumlah liabiliti jangka panjang dan tertunggak untuk mendapatkan jumlah ekuiti pemilik dan liabiliti jangka panjang. Jumlah bahagian kedua ini sepatutnya seimbang dengan jumlah bahagian pertama.

Dalam seksyen terdahulu anda telah dimaklumkan bahawa untung atau rugi yang terhasil dalam sesuatu tempoh perakaunan akan memberi kesan kepada ekuiti pemilik di bahagian ekuiti pemilik iaitu melalui penyata perubahan ekuiti. Kunci kira-kira boleh disediakan sama ada sebelum atau selepas mengambil kira kesan daripada operasi atau kendalian sesebuah entiti. Jika sebelum, kunci kira-kira tidak akan mengambil kira untung atau rugi kerana pada waktu itu penyata pendapatan belum boleh disediakan kerana tiada urus niaga hasil atau belanja. Bagi kunci kira-kira yang disediakan selepas angka untung atau rugi dihitung, jumlah ekuiti pemilik adalah setelah dicampur untung atau ditolak rugi bagi tempoh semasa.

Penyata Aliran Tunai
Penyata aliran tunai dipersembahkan secara menegak atau laporan dengan tiga bahagian utama. Setiap satu bahagian memberikan maklumat mengenai aliran tunai masuk dan keluar dari aktiviti berlainan iaitu aktiviti operasi/kendalian (operating activities); aktiviti pelaburan (investment activities); dan aktiviti kewangan (financing activities). Memandangkan penyata ini memberi maklumat mengenai aliran tunai masuk dan keluar bagi sesuatu tempoh perakaunan, tajuk penyata ini mengandungi maklumat tentang tempoh perakaunan bagi mana penyata disediakan selain daripada maklumat nama organisasi dan nama penyata.

Tujuan Penyata Aliran tunai adalah untuk mengenal pasti aktiviti utama dalam satu tempoh perakaunan yang menyumbang kepada aliran keluar dan masuk tunai.

Format yang sering digunakan adalah seperti berikut:

Nama perniagaan
Penyata Aliran tunai
Untuk tahun/tempoh berakhir …..

Aliran tunai dari aktiviti operasi
Tunai diterima dari aktiviti operasi
Tunai yang dibayar untuk aktiviti operasi
Tunai bersih dari aktiviti operasi(1)

xxxx
(xx)

Xx

Aliran tunai dari aktiviti pelaburan
Tunai diterima dari aktiviti pelaburan
Tunai dibayar untuk aktiviti pelaburan
Tunai bersih dari aktiviti pelaburan (2)

xxxx
(xx)

Xx

Aliran tunai dari aktiviti kewangan
Tunai diterima dari aktiviti kewangan
Tunai dibayar untuk aktiviti kewangan
Tunai bersih dari aktiviti kewangan (3)

Xxxx
(xx)

Xx

Jumlah peningkatan tunai bersih (1) + (2) +(3)
Baki tunai tahun sebelumnya
Baki tunai tahun semasa

Xxxxxx
Xxxx
Xxxxxxxxxx

Catatan penutup

Catatan ini dibuat dalam jurnal am dan diposkan ke lejar sebelum bermulanya tempoh perakaunan yang baru. Catatan ini tidak seharusnya dibuat sebelum penyata kewangan disediakan kerana kesan daripada catatan penutup ialah semua akaun yang ditutup tidak akan mempunyai sebarang baki ataupun bakinya ialah sifar walhal imbangan duga merupakan senarai baki akaun-akaun lejar am. Namun, amalan selalunya tidak membezakan sama ada penyata kewangan sudah disediakan atau tidak sebelum catatan ini dibuat. Hanya dari segi teorinya catatan ini tidak sepatutnya dibuat terdahulu daripada penyediaan penyata kewangan.

Konsep tempoh atau jangka masa perakaunan mengandaikan jangka masa sesebuah entiti boleh dibahagikan kepada tempoh-tempoh tertentu. Bagi setiap tempoh, prestasi entiti tersebut boleh diukur melalui penyata pendapatan di akhir tempoh tersebut dan untung atau rugi ditunjukkan dalam penyata perubahan ekuiti dan seterusnya ke dalam kunci kira-kira dalam bahagian ekuiti pemilik. Ini bermakna pelaporan prestasi tempoh tersebut telah selesai.

Apabila tempoh hadapan yang baru bermula pula, prestasi tempoh hadapan akan diukur melalui penyata pendapatan tempoh itu yang merangkumi semua hasil dan belanja tempoh tersebut sahaja. Justeru itu, semua akaun hasil dan belanja tempoh semasa perlu ditutup dahulu melalui catatan penutup sebelum bermulanya tempoh hadapan yang baru. Dengan cara ini, urus niaga hasil dan belanja tempoh hadapan tidak dicampuradukkan dengan tempoh semasa.

Anda juga perlu ingat bahawa untung atau rugi tempoh semasa akan direkodkan dalam penyata perubahan ekuiti dan seterusnya di bahagian ekuiti pemilik dalam kunci kira-kira di akhir tempoh semasa untuk dibawa ke hadapan iaitu ke tempoh baru. Untung atau rugi bagi perniagaan jenis milikan tunggal dibawa ke akaun modal atau akaun untung tertahan (sekiranya diasingkan daripada akaun modal) bergantung kepada pilihan pemilik. Selain daripada itu, adalah menjadi amalan juga bagi perniagaan untuk tidak membawa baki akaun ambilan tempoh semasa ke tempoh hadapan. Ambilan juga kebiasaannya ditutup ke dalam akaun untung tertahan tetapi sebagai pengurangan, sama seperti rugi (atau ke akaun modal sekiranya akaun untung tertahan tiada baki). Modal tambahan yang dibuat dalam tempoh semasa lebih sesuai dicampurkan ke akaun modal daripada akaun untung tertahan.

Daripada maklumat di atas, catatan penutup yang perlu dibuat ialah bagi menutup semua akaun hasil dan belanja ke akaun untung rugi; pindahan untung/rugi, ambilan dan modal tambahan ke akaun untung tertahan atau ke akaun modal.

Walau bagaimanapun, mengikut cadangan persembahan Penyata Perubahan Ekuiti dalam MASB 1, untung/rugi dan ambilan ditutup ke akaun untung tertahan manakala akaun modal tambahan ditutup ke akaun modal.

Baki akaun aset, liabiliti dan ekuiti pemilik lain tidak ditutup. Baki akhir akaun-akaun jenis ini dibawa ke hadapan untuk menjadi baki awal tempoh baru.

Dengan selesainya catatannya penutup, proses perekodan dalam satu kitaran berakhir. Dalam keadaan tertentu perekodan urus niaga daripada maklumat dokumen punca bolehlah bermula kembali. Langkah menyediakan catatan pembalik mungkin dipilih sebelum urus niaga harian mula direkodkan dalam kitaran baru. Penyediaan catatan pembalik di awal jangka masa baru boleh dipertimbangkan hanya jika terdapat catatan pelarasan daripada empat jenis pertama (hasil belum terima, hasil terima dahulu/belum peroleh, belanja prabayar dan belanja belum bayar) di akhir tempoh sebelumnya. Seperti namanya, catatan pembalik hanya membalikkan catatan pelarasan. Contohnya jika bagi catatan pelarasan hasil belum terima, akaun hasil belum terima didebitkan dan akaun hasil dikreditkan, maka bagi catatan pembaliknya, akaun hasil belum terima akan dikreditkan dan akaun hasil didebitkan. Apabila tunai diterima, akaun tunai akan didebitkan dan akaun hasil dikreditkan. Kesan terakhir ialah tunai bertambah, akaun hasil tertutup dengan sendiri dan akaun hasil belum terima juga tertutup kesan catatan pembalik di awal jangka masa. Bagi catatan pembalik, anda mempunyai pilihan untuk tidak menyediakannya. Ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada kedudukan akaun lain. Jika catatan pembalik tidak dibuat, apabila tunai diterima, akaun tunai akan didebitkan dan akaun hasil belum terima dikreditkan. Ini menunjukkan tunai meningkat, akaun hasil belum terima secara tersendiri tertutup dan tiada akaun hasil yang terlibat. Kesannya adalah sama dengan cara di mana catatan pembalik dibuat.

Dalam program ASSETDiplomat, anda akan dapati bahawa catatan penutup dibuat secara automatik untuk anda kecuali bagi catatan merekodkan stok akhir. Anda mempunyai pilihan untuk menyediakan catatan pembalik atau tidak.

Kitaran perakaunan dalam sistem berkomputer

Terdahulu, anda telah pelajari tentang faktor yang mempengaruhi pembangunan sesuatu sistem perakaunan dan perbezaan antara sistem perakaunan berkomputer dan manual. Dalam bahagian ini pula aspek kitaran perakaunan dalam sistem maklumat perakaunan berkomputer dibincangkan.

Dalam sistem perakaunan secara manual, media penyimpanan maklumat adalah buku tebal seperti jurnal, buku tunai, lejar dan kesemua semua catatan dalam rekod ini dibuat secara bertulis tangan. Penyediaan akaun dalam sistem manual agak rumit kerana banyak kerja tulis menulis, pindah-memindah dari dokumen ke jurnal dan seterusnya ke lejar. Pelbagai kesilapan juga boleh berlaku kerana kerja memproses data yang banyak dan berulang dilakukan oleh manusia. Begitu juga dengan penyediaan imbangan duga dan penyediaan penyata kewangan. Dalam sistem berkomputer pula, media penyimpanan maklumat adalah media elektronik seperti disket, cakera optik dan katrij digunakan. Penyediaan akaun adalah mudah dan pantas kerana program telah diaturcarakan, pengiraan dan pemindahan dilakukan secara automatik oleh komputer. Penyemakan ketepatan data juga dilakukan oleh komputer itu sendiri. Terdapat juga banyak pakej yang membolehkan dokumen seperti resit, invois dan sebagainya dikeluarkan secara langsung dari mesin cetak. Data dicatatkan menerusi papan kekunci, pengimbas berkanta dan alat input yang lain. Pengeposan dan penyediaan imbangan duga serta penyata kewangan disediakan secara automatik oleh komputer.